Sukan SEA: Loh Raih Pingat Emas Pertama Acara Wushu

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 11:21 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Skuad negara berjaya menamatkan penantian untuk meraih pingat emas pertama dalam acara wushu pada hari terakhir acara berkenaan pada Sukan SEA 2015 di Singapura, Isnin.

Atlet wushu lelaki negara, Loh Jack Chang yang sebelum itu gagal memenangi pingat dalam acara taijiquan pilihan, berjaya menebus kehampaan apabila meraih emas dalam acara taijiquan wajib selepas mengutip 9.71 mata bagi mengenepikan tujuh pencabar lain.

Loh, 28, sebelum itu menduduki tempat keenam dalam acara taijiquan pilihan dengan mengumpul 9.62 mata manakala seorang lagi wakil negara, Loh Choon How di kedudukan kelapan dengan kutipan 9.14 mata.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian pingat di Dewan 2, Pusat Pameran dan Konvensyen Singapura, Loh berkata beliau tidak menyangka dapat meraih emas dalam acara berkenaan. 

Loh yang merupakan pemenang pingat emas pada edisi 2009 di Laos, turut mendedikasikan pingat emas berkenaan kepada Majlis Sukan Negara, Persekutuan Wushu Malaysia dan rakan sepasukan yang banyak memberi sokongan moral kepadanya.

"Saya akui agak tertekan kerana kita masih gagal meraih pingat emas selepas dua hari bertanding, di tambah pula dengan kegagalan saya meraih pingat dalam acara taijijian (pilihan) sebelum itu. Saya amat gembira kerana berjayamenyumbang emas pada kali ini," kata atlet kelahiran Miri, Sarawak itu.

Pada Ahad, Loh sekadar meraih pingat perak dalam kategori taijijian pilihan pada hari kedua acara wushu, di belakang Daniel Parantac dari Filipina.

Terdahulu, atlet wushu wanita negara, Ng Shin Yii meraih pingat gangsa dalam acara taijijian pilihan selepas mengutip 9.69 mata.

Wakil Indonesia, Lindswell Lindswell berjaya memenangi pingat emas peribadi keduanya pada temasya sukan dwitahunan itu, selepas mengumpul 9.73 mata, manakala peserta tuan rumah, Valerie Wee Ling En meraih perak selepas hanya ketinggalan 0.02 mata di belakang Lindswell.

Seorang lagi peserta negara, Audrey Chan Yee Jo menduduki tempat ketujuh daripada sembilan peserta selepas sekadar mengutip 9.26 mata.

Tags / Kata Kunci: wushu , sukan sea , Loh Jack Chang

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan