Sukan SEA: Hoki Wanita Capai Kemenangan Kedua Tewaskan Thailand 4-0

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 10:48 PM

Skuad hoki wanita negara mencipta kemenangan kedua berturut-turut di Sukan SEA sejak Sabtu. Foto Astro Awani

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Skuad hoki wanita negara mencipta kemenangan kedua berturut-turut selepas mengalahkan Thailand 4-0 pada perlawanan pusingan awal pada Sukan SEA ke-28 di Stadium Hoki Sengkak, di sini, Ahad.

Skuad kendalian Mohammed Nasihin Nubli Ibrahim bagaimanapun menerima saingan sengit daripada Thailand sehingga Noor Hasliza Md Ali menjaringkan gol pembukaan menerusi jaringan padang pada minit ke-32.

Kemudian Wan Norfaeizah Md Saiuti menambah jaringan kedua menerusi gol padang pada tiga minit kemudian.

Bersambung babak kedua, Rabiatul Adawiyah Mohamed mengesahkan kemenangan pasukan negara menerusi dua gol hasil daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-38 dan ke-40. 

Skuad negara akan melengkapkan perlawanan pusingan awal bertemu Indonesia pada Selasa ini. Pada Sabtu, skuad negara membuka kempen mempertahankan pingat emas dengan mengalahkan Singapura 7-0.

Nasihin berkata, pasukannya itu perlu memperbaiki taktikal permainan dan meningkatkan keyakinan diri dalam perlawanan.

"Perlawanan hari ini hanya untuk mencari kemenangan. Masih ada kelemahan dari segi taktikal. Kami akan bermain untuk menang ketika menentang Indonesia nanti. Beberapa pemain utama juga perlu direhatkan," katanya. 

Pemain yang tidak akan beraksi ketika menentang Indonesia ialah Raja Norsharina Raja Shabuddin dan Norbaini Hashim.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan