Sukan SEA: Renang Hanya Rangkul Gangsa, Chai Lin Tarik Diri Dalam Acara Pilihan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia hanya mampu meraih sebutir pingat gangsa pada hari pembukaan acara renang pada temasya Sukan SEA ke-28 di sini, malam Sabtu.

Welson Sim meraih pingat tersebut dalam acara 200m gaya bebas lelaki dengan mencatatkan masa satu minit 50.73 saat.

Acara tersebut dimenangi oleh perenang Vietnam, Hoang Quy Phuoc dengan rekod baharu 1:48.96s, sekali gus memadam rekod 1:49.22 yang dipegang oleh perenang negara Daniel bego pada edisi 2009 di Laos.

Perenang tuan rumah, Quah Zheng Wen meraih pingat perak dengan catatan masa 1:49.17s.

"Saingan amat sengit tetapi saya gembira kerana mampu memberi saingan kepada perenang senior," kata Welson, perenang berusia 18 tahun itu.

Selain rekod kejohanan acara 200m gaya bebas lelaki, tiga lagi rekod dicipta oleh perenang Vietnam dalam acara 400m rampaian individu dan 800m gaya bebas wanita manakala perenang sensasi Singapura, Quah Zheng Wen turut melakarkan rekod dalam acara 100m kuak lentang lelaki.

Dalam pada itu, sandaran pingat emas negara, juara bertahan Khoo Cai Lin terpaksa menarik diri daripada acara akhir 800m gaya bebas wanita selepas mengalami masalah radang tonsil.

Cai Lin berkata beliau tidak dapat bernafas dengan baik semasa acara 400m rampaian individu dan terpaksa berundur pada separuh jalan.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Sukan SEA 2015

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan