Walau Tewas Nurul Affiq Pamer Semangat Juang Tinggi Untuk Negara

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 7:22 PM

Nurul Affiq Nazril Ismail (kanan) ketika menentang wakil Vietnam, Nguyen Minh Quang menerusi acara lawan pedang individu pada peringkat suku akhir kejohanan Sukan SEA Singapura, Khamis.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kesakitan tidak menghalang atlet lawan pedang negara, Nurul Affiq Nazril Ismail meneruskan pertarungan walaupun tewas pada saingan suku akhir acara foil individu lelaki yang berlangsung di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura, Khamis.

Pujian perlu diberikan kepada Nurul Affiq yang menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun terpaksa bergelut dengan kesakitan belakang lutut kirinya ketika perlawanan menentang Minh Quang Nguyen dari Vietnam.

Aksi beliau juga mencuri tumpuan apabila penonton bangun dan memberi tepukan kepadanya walaupun tewas 4-7 sebelum diusung keluar dari gelanggang.

"Saya tidak mempunyai pilihan lain selain untuk meneruskan perlawanan dan telah cuba melakukan apa yang terdaya," katanya kepada Bernama selepas tamat perlawanan.

Nurul Affiq, 23 berkata beliau mengalami kecederaan itu ketika membuat serangan balas pada suku masa pertama setelah ketinggalan 0-2.

Katanya walaupun mengalami kesakitan dan beberapa kali terpaksa berhenti rehat, dia tetap berusaha memburu mata sehingga tamat perlawanan.

Nurul Affiq yang membuat penampilan pertama di Sukan SEA kali ini berkata kecederaan itu merupakan kecederaan lama yang dialaminya ketika beraksi di temasya Sukan Universiti Asean ke-17 di Indonesia (AUG 2014) pada akhir tahun lepas.

Dia berkata jurulatihnya Tamas Laszlo Medgyes ada bertanya sama ada ingin meneruskan perlawanan namun dia berkeras untuk menamatkan perlawanan.

"Sudah pasti saya rasa kecewa dengan persembahan hari ini namun ianya bukan satu alasan untuk saya patah semangat dan akan meneruskan aksi dalam acara berpasukan foil lelaki yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini jika mendapat kebenaran daripada jurulatih," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Nurul Affiq , Sukan SEA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan