Sukan SEA: Sekretariat Belum Terima Permohonan KOM Tukar Acara - Sukan Ekstra | mStar

Sukan SEA: Sekretariat Belum Terima Permohonan KOM Tukar Acara

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 8:52 PM

Harith Ammar Mohd Sobri

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA:  Sekretariat Kontinjen Negara ke Sukan SEA2015 masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berhubung penukaran acara membabitkan atlet pecut lelaki negara.

Sehubungan itu, wakil sekretariat negara ke temasya sukan berkenaan, Ng Swee Fong berkata badan induk olahraga negara itu terlebih dahulu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada sekretariat negara sebelum mereka melanjutkan permohonan tersebut kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Singapura (Singsoc).

Pengarah Teknikal KOM, Robert J. Ballard sebelum ini telah mendaftarkan nama Harith Ammar Mohd Sobri dalam acara 4x100m lelaki namun atlet kelahiran Terengganu itu mahu beraksi dalam acara 200m lelaki kerana dikatakan berpeluang cerah meraih pingat emas.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan berdasarkan luahan hati atlet sebaliknya perlu menerima pemohonan daripada KOM ataupun Majlis Sukan Negara (MSN) terlebih dahulu," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Untuk rekod, Harith Ammar merupakan pemenang pingat perak bagi acara 200m lelaki pada edisi ke-27 Sukan SEA di Myanmar dua tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Harith Ammar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan