Karim Dipilih Sebagai Anggota Majlis Persatuan Olahraga Asia

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 8:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) Datuk Karim Ibrahim telah dipilih sebagai anggota majlis individu dalam Persatuan Olahraga Asia (AAA).

Pengurus Besar MAF, M. Latchumanan, dalam kenyataan pada Selasa, berkata Karim memenangi kerusi tersebut selepas memperoleh 33 undi daripada 44 negara pada Kongres AAA di Wuhan, China, Isnin.

Menurut laman web rasmi Persekutuan Olahraga Dunia (IAAF), www.iaaf.org, Presiden AAA, Dahlan al-Hamad dari Qatar mengekalkan jawatan tanpa bertanding manakala Du Zhaocai dari China dipilih sebagai Naib Presiden Kanan.

Sementara itu, lima calon dipilih sebagai naib presiden iaitu Lalit Bhanotdari India, Talib F Al-Saffar (Iraq), Alexey Kondrat (Kazakhstan), Philip EllaJuico (Filipina) dan Suhail Q Al-Zawawi dari Arab Saudi.

Selain Karim, anggota majlis individu lain dipilih ialah Ruqaya ManssorEbrahim Al-Ghasara dari Bahrain, Mala Sakonhninhom (Laos), Saad Al-Hiasat(Jordan), Mohammad Jumah (Kuwait), Muhammad Akram Sahi (Pakistan), W Palitha PFernando (Sri Lanka), Ching Cheng Wang (Taiwan), Nasser Sultan AS AL-Maamari (Emiriah Arab Bersatu) dan Hoang Manh Cuong dari Vietnam.


Tags / Kata Kunci: Datuk Karim Ibrahim , AAA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan