M'sia Buka Langkah Kanan Dalam Acara Bola Jaring Sukan Sea 2015

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 11:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola jaring negara bermula dengan langkah kanan pada Sukan SEA 2015 selepas melakar kemenangan selesa 84-22 ke atas Myanmar dalam aksi pembukaan di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura, Ahad.

Tuan rumah, Singapura yang memburu pingat emas buat pertama kali dalam sukan berkenaan, mengalahkan Brunei menerusi keputusan 72-21 manakala Thailand menundukkan Filipina 62-22 dalam satu lagi aksi peringkat awal, demikian menurut laman sesawang Sukan SEA Singapura;www.seagames2015.com.

Malaysia bakal berdepan Filipina, Singapura menentang Thailand manakala Brunei menghadapi Myanmar pada perlawanan kedua pusingan awal.

Kesemua perlawanan akan berlangsung esok di venue yang sama. Enam negara menyertai acara bola jaring pada edisi ke-28 temasya dwitahunan itu iaitu Myanmar, Brunei, Filipina, Thailand, Malaysia dan Singapura selaku tuan rumah.

Untuk rekod, ia merupakan kali kedua acara bola jaring dianjurkan selepas sukan itu diperkenalkan ketika  Malaysia menjadi hos Sukan SEA pada 2001 yang menyaksikan mereka meraih emas menerusi kemenangan 53-42 ke atas Singapura di Stadium Juara, Bukit Kiara. 

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Bola Jaring , Sukan Sea 2015

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan