Bolt Menang Tapi Gagal Catat Larian Bawah 20 Saat

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 10:59 AM

Bolt mahu terus berusaha bagi mencapai catatan terbaik di bawah 20 saat.

(Ubah saiz teks)

PELARI terpantas dunia, Usain Bolt memenangi perlumbaan pertamanya di Eropah tahun ini, tetapi gagal menamatkan larian di bawah 20 saat menerusi acara 200 meter pada Kejohanan Golden Spike di Ostrova, Republik Czech.

Dalam cuaca hujan, pemenang enam pingat emas Sukan Olimpik itu mencatatkan masa 20.13 saat, tersasar daripada rekod dunia yang dicapainya, 19.19 saat untuk menewaskan pelari Amerika Syarikat, Isiah Young.

Walaupun berjaya mencatatkan masa terbaik musim ini bagi acara itu, Bolt mengakui dia perlu meningkatkan prestasinya menjelang musim panas ini.

"Saya tidak boleh berpuas hati sekiranya tidak dapat mencatatkan masa di bawah 20 saat.

"Saya perlu berlatih lebih kuat kerana mahu mencatat masa di bawah 20 saat tetapi keadaan cuaca di sini tidak mengizinkan.

"Ia akan mengambil masa untuk kembali ke prestasi cemerlang kerana saya juga baru pulih daripada kecederaan," kata Bolt yang kini membuat persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Dunia di Beijing pada Ogos nanti.

Dalam pada itu, bekas pemegang rekod dunia, Asafa Powell mencatatkan masa 10.04 saat dalam acara 100 meter, sekali gus tersasar daripada prestasi terbaiknya di Ostrova.

Awal Mei lalu, atlet berusia 32 tahun itu mencatatkan masa 9.84 saat semasa Jemputan Antarabangsa Jamaica di Kingston.

Pelumba Britain, Richard Kilty mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 10.31 saat bagi acara 100 meter dan James Ellington menamatkan perlumbaan ditempat keenam dengan 10.45 saat.


Tags / Kata Kunci: Usain Bolt , Golden Spike , Ostrova

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan