Kontinjen Malaysia Sasar 56 Peratus Pingat Pelbagai Warna

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 3:45 PM

Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA menerima Jalur Gemilang pada majlis yang diadakan pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Singapura, Jun ini menetapkan sasaran memperoleh 56 peratus pingat sebarang warna daripada 35 acara yang disertai atlet negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, melalui sasaran itu, ia memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai pembangunan sukan negara khususnya dalam kalangan atlet pelapis yang menyertai temasya dwitahunan itu.

"Kita jadikan Sukan SEA ini sebagai sukan pembangunan sebab hampir 50 peratus atau 310 atlet kontinjen negara terdiri daripada atlet pelapis bawah 21 tahun.

"Atlet di bawah 21 tahun ini, kalau dapat pingat perak atau gangsa sudah merupakan pencapaian yang membanggakan. Takkan kita hendak terlampau obses terhadap pingat emas sampai kita lupa pingat lain sedangkan ini adalah temasya pembangunan dan pendedahan kepada atlet muda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan SEA di Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.

Khairy berkata, beliau juga tidak menghalang mana-mana persatuan sukan untuk menetapkan sasaran pingat emas mereka sendiri berdasarkan kepada prestasi atlet berkenaan, namun diharap ia tidak mengabaikan pencapaian atlet lain khususnya atlet remaja.

Dalam pada itu, beliau berkata agak sukar untuk menetapkan sasaran pingat emas untuk temasya Sukan SEA kerana jenis sukan dalam temasya itu sentiasa berubah-ubah mengikut negara penganjur berbanding Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik yang tidak banyak berubah dalam jenis acara.

"Sukan SEA ini sukan berubah-ubah. Kita tidak ada satu sasaran yang konsisten. Seperti di Myanmar, kontinjen kita menang banyak emas menerusi acara karate tapi kali ini acara itu digugurkan. Begitu juga boling padang dan lumba basikal trek dan beberapa acara yang kita pernah menang emas, tapi digugurkan (di Singapura)," katanya.

Atlet Pencak Silat Mohd Al Jufferi Jamari (kanan), dan Jaguh Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei (tengah) mengetuai para kontijen lain yang akan beraksi pada Sukan Sea Singapura membaca ikrar atlet di hadapan Khairy Jamaluddin di Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Kontijen Malaysia, Ahad.

Sementara itu, Khairy turut menjelaskan walaupun tidak ada sasaran pingat emas ditetapkan pada temasya kali ini, namun pemberian Skim Hadiah Kemenangan Atlet (Shakam) tetap akan diberikan kepada atlet yang meraih pingat emas.

Selain insentif kemenangan itu, beliau berkata pingat emas juga menjadi kayu ukur pertama kepada atlet yang berjaya untuk diserapkan ke Program Podium yang menawarkan pakej latihan lebih baik dari segi sara hidup, jurulatih serta sokongan pakar sains sukan yang komprehensif.

"Pingat emas bukan syarat tunggal ke Program Podium tapi ia antara syarat menuju ke situ. Program ini akan mengutamakan pemenang emas yang menunjukkan potensi untuk menang pingat emas Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik," kata Khariry.

Dalam perkembangan lain, beliau memuji skuad Lions XII yang berjaya membawa pulang Piala FA, yang buat kali pertamanya keluar dari Malaysia, selepas menewaskan pasukan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu.

Katanya, kemenangan itu boleh menjadi petanda agar Malaysia memberi lebih fokus kepada pembangunan pemain muda yang betul-betul setanding negara lain.

"Mereka bermain tanpa pemain import dan pemainnya masih muda yang kebanyakan di bawah 24 tahun. Memang kita tidak boleh buat kesimpulan terhadap bola sepak kita, sebab ia berlawan dengan satu pasukan sahaja iaitu Kelantan.

"Tapi di sini kita dapat lihat Singapura mampu membangun bakat muda mereka," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Khairy Jamaluddin , pingat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan