Semua Atlet Sukan SEA Lulus Ujian Doping

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 7:17 PM

Kontinjen Malaysia mengadakan perjumpaan terakhir sebelum berlangsungnya temasya sukan dwitahunan di Singapura bermula 5 Jun ini.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua atlet yang akan beraksi pada Sukan SEA di Singapura lulus ujian doping, cuma ada beberapa wakil negara yang dikesan menggunakan ubat-ubatan atau makanan kesihatan yang belum disahkan Institut Sukan Negara.

Chef De Mission (CDM) Sukan SEA ke-28, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perkara itu dimaklumamkan Agensi Anti Doping Malaysia (Andamas) baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya, laporan mengenai beberapa atlet negara yang dikatakan gagal dalam ujian doping adalah tidak benar.

"Saya ingin menjelaskan kekeliruan laporan yang menyatakan beberapa atlet negara positif ujian doping, sebaliknya semua atlet melepasi ujian itu, cuma pihak Andamas menjelaskan ada tiga atau empat atlet dikesan menggunakan ubat-ubatan yang belum disahkan Institut Sukan Negara.

"Oleh itu, atlet berkenaan digalakkan supaya menghentikan penggunaan ubat-ubatan tersebut sehingga mendapat pengesahan pihak kami," kata Mohamad Norza selepas merasmikan perhimpunan akhir kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di IOI Resort, di sini, pada Jumaat.

Sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu pada Jumaat melaporkan tiga atlet negara berkemungkinan tidak dibenar beraksi pada temasya sukan dwitahunan itu seandainya didapati positif ujian doping.

Dalam pada itu, Mohamad Norza menjelaskan, beliau berpuas hati dengan kehadiran atlet negara bagi perhimpunan akhir kontinjen Malaysia ke Sukan SEA pada 5 hingga 16 Jun ini.

"Setakat ini, seramai 413 atlet serta 90 pegawai hadir pada perhimpunan ini tetapi wakil lapan jenis sukan yang tidak dapat hadir atau masih belum sampai ke sini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , doping , Andamas , Mohamad Norza Zakaria

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan