Duta Sukan Memalukan Negara

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 11:53 AM

Sieh Kok Chi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mereka sepatutnya menjadi duta sukan tetapi sebaliknya memalukan negara.

Beberapa atlet dalam dua temasya sukan berprestij, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun lalu didenda sejumlah hampir RM150,000 kerana merokok dan merosakkan harta benda termasuk membakar permaidani dan menyebabkan limpahan air di asrama.

Apa yang mengejutkan adalah insiden seperti ini pernah berlaku tetapi tidak begitu serius sebagaimana yang berlaku pada dua temasya sukan tersebut.Di Glasgow, Malaysia didenda sejumlah RM3,640 manakala di Incheon, jumlah yang dibayar mencecah RM142,478.

Tindakan tersebut menyebabkan Majlis Olimpik Majlis (MOM) memutuskan supaya persatuan sukan membayar ganti rugi tersebut.

Skuad sepak takraw merupakan pesalah utama di Incheon kerana mereka didenda sejumlah RM86,756.

Skuad lain termasuk boling, perahu layar dan ragbi didenda di Sukan Asia.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi mengesahkan denda yang dikenakan di Incheon adalah 'jumlah yang tinggi setakat ini'.

"Disiplin dikalangan atlet semakin teruk. Saya percaya bahawa terdapat keperluan segera untuk meneliti perkara ini... jika tidak ia akan melarat.

"Lembaga pengarah MOM telah diberikan taklimat mengenai denda dan mereka memutuskan agar persatuan sukan berkenaan untuk membuat bayaran denda tersebut.

"MOM tidak lagi mampu membayar denda tersebut. Kami sudah menghantar surat kepada persatuan sukan mengenai perkara ini," katanya.

Tabiat merokok adalah isu utama di kebanyakan temasya sukan dan tiada perbezaan di kedua-dua temasya sukan tersebut.

Di Glasgow pada Julai tahun lalu, lima atlet didenda 50 pound setiap seorang (RM280) kerana merokok di kawasan larangan.

Kontijen Malaysia juga didenda 250 pound (RM1,000) selepas seorang atlet menyebabkan permaidani terbakar selepas dia cuba memasak di dalam asrama.

Skuad negara turut didenda tambahan 150 pound (RM840) kerana menyebabkan limpahan air di asrama.

Namun apa yang dikesali Kok Chi adalah denda Sukan Asia yang terlalu tinggi.

"AS$40,000 (RM142,478)! Merokok sekali lagi menjadi isu utama... kerosakan harta benda antara isu lain. Dalam beberapa kes, kerosakan adalah minima tetapi penganjur menjadikannya isu besar dan mahu kita membayar segalanya. Jadi kita tiada pilihan tetapi perlu membayar denda tersebut," kata Kok Chi.

Chef de mission Sukan Asia, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mendakwa penganjur, Korea Selatan sengaja memperbesarkan kerosakan yang berlaku.

"Sebahagian daripadanya adalah kerosakan kecil. Malah kesan merokok juga boleh menjadi masalah. Saya bersetuju supaya atlet kita tidak melakukan kesalahan ini kerana mereka telah dimaklumkan mengenainya.

"Walaupun denda itu besar, saya tidak percaya kes disiplin di Incheon adalah isu besar," katanya.

Besar atau kecil tindakan itu tetap mencemarkan imej negara.

Tags / Kata Kunci: denda , Sukan Komanwel , Sukan Asia , MOM , skuad takraw

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan