Golf: Pemain Remaja Jadi Sandaran Pada Piala Ratu Sirkit

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 11:30 PM

Loy Hee Ying

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) menaruh harapan tinggi terhadap tiga pemain remaja yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Piala Ratu Sirikit (OSC) ke-37 di Hong Kong, bermula Rabu depan.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Rabeahtul Aloya Abbas berkata biarpun menghantar skuad muda kali ini namun pihaknya berharap anggota pasukan itu dapat mencapai keputusan terbaik dalam kejohanan di Kelab Golf Hong Kong itu.

"Kami sentiasa menampilkan pemain muda pada kejohanan tahunan ini...di samping memberi pendedahan, pada masa yang sama, kami juga mahu pencapaian terbaik sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Skuad negara dianggotai oleh tiga pemain muda itu yang akan melakukan penampilan sulung pada kejohanan itu iaitu Loy Hee Ying, Ashely Law dan Qistina Balqis Azhar.

Mereka dipilih selepas pusingan kelayakan di Kelab Golf dan Country Sungai Long, Kajang, Januari lepas.

Pencapaian terbaik skuad negara pada kejohanan tersebut ialah menduduki tangga kelima pada edisi 2012 di Singapura dan tahun lepas, selaku tuan rumah, Malaysia hanya mampu menghuni tangga ke-12 daripada 13 pasukan.

Tags / Kata Kunci: Piala Ratu Sirkit , Golf

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan