Subahan Kamal Presiden Baharu MHC

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menerima perubahan pucuk pimpinan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, pada Rabu.

Presiden Persatuan Hoki Selangor, Datuk Seri Subahan Kamal sah menang tanpa bertanding jawatan nombor satu PHM selepas tiada calon yang mencabar kerusi tersebut yang sebelum ini disandang oleh Tengku Mahkota Pahang,  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Abdullah memutus untuk melepaskan jawatan yang disandang sejak 2008 kerana mempunyai komitmen lain termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Exco Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi benua Asia.

Bagi jawatan Timbalan Presiden (lelaki), bekas pengurus pasukan kebangsaan, George Koshy mengambil alih tugas Datuk Nur Azmi Ahmad selepas berjaya mengumpul 16 undi, kelebihan tiga undi.

Bagi jawatan Timbalan Naib Presiden (wanita) dipegang oleh Dr S. Shamala selepas mengetepikan saingan tunggal K. Maheswari.

Lima  jawatan Naib Presiden (Lelaki) dimenangi Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, Majid Manjit Abdullah, Datuk Radhakrishnan Nair, G.Sathis Kumar dan Datuk Ow Soon Kooi.

Nik Zarah Nik Abdul Kadir dan S. Nagula dipilih untuk memegang jawatan naib presiden wanita.

Sebanyak 14 ahli gabungan yang hadir pada AGM yang terlibat dalam pemilihan pucuk pimpanan bagi tempoh tiga tahun.

Berikut merupakan senarai pimpinan baharu MHC:

Presiden : Datuk Seri Subahan Kamal

Timbalan Presiden (lelaki) : George Koshy

Timbalan Presiden (wanita) : Dr Shamala Subramaniam

Naib Presiden

1. Datuk Wan Ahmad Nizam Abd Hamid

2. Majid Manjit Abdullah

3. Datuk Radhakrishnan Nair

4. Satish Kumar G. Sivaguru

5. Datuk Ow Soon Kooi

6. Nik Zarah Nik Abdul Kadir

7. Nagula Sivasothy

Tags / Kata Kunci: KHM , Subahan Kamal , Fifa , FAM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan