Sukan SEA: Chong Wei Penyumbang Pingat Tapi Tutup Peluang Atlet Pelapis

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 2:49 PM

Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehadiran pemain badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei dalam kontinjen Malaysia bagi Sukan SEA ke-28 yang akan diadakan di Singapura, Jun ini umumnya mampu menyumbang pingat untuk mengharumkan nama negara.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan atlet yang berpendapat sebaliknya, dimana penyertaan Chong Wei secara tidak langsung menutup peluang pemain pelapis.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menyertai kontinjen Malaysia bagi kejohanan dwi tahunan itu selepas tempoh penggantungannya berikutan kes penyalahgunaan bahan terlarang berakhir pada 1 Mei lalu.

Bagaimanapun bagi pemain skuasy negara, Muhammad Addeen Idraki penglibatan di Sukan SEA, Singapura sedikit sebanyak akan menutup peluang pemain muda untuk beraksi pada temasya sukan tersebut.

“Saya rasa tidak patut untuk Chong Wei beraksi di Sukan SEA kerana peluang tersebut perlu diberi kepada pemain muda.

“Penglibatan Chong Wei dapat membantu menambah pingat negara tetapi ia tidak adil untuk pemain muda yang lain kerana salah satu objektif kejohanan Sukan SEA yang dinyatakan oleh Insititut Sukan Negara (ISN) adalah untuk memberi pengalaman kepada atlet-atlet muda negara," katanya.

Pemain badminton, Chong Wei Feng berkata kehadiran Chong Wei dalam kontinjen negara mampu meningkatkan peluang pasukan Malaysia untuk memenangi pingat pada temasya sukan itu nanti.

“Penglibatan Chong Wei dalam pasukan negara akan meningkatkan peluang untuk mencapai sasaran kami iaitu untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

“Kehadiran Chong Wei juga akan meningkatkan semangat pasukan untuk bermain dengan bersungguh-sungguh,” kata Wei Feng ketika dihubungi pihak mStar Online.

Perenang negara, Ahmad Amsyar Azman, 23, berpendapat moral kontinjen Malaysia akan dapat ditingkatkan dengan kehadiran pemain bertaraf dunia itu.

“Chong Wei merupakan antara atlet yang terbaik negara jadi kehadiran beliau dalam kontinjen Malaysia akan dapat menaikkan semangat atlet-atlet yang lain,” kata Amsyar.

Chong Wei akan beraksi dalam acara berkumpulan pada temasya Sukan SEA yang akan bermula pada 5 Jun ini.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Sukan SEA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan