Program Podium Makin Diterima - Dr Ramlan - Sukan Ekstra | mStar

Program Podium Makin Diterima - Dr Ramlan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 10:07 PM

Dr Ramlan Abdul Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Podium anjuran Kementerian Belia dan Sukan makin diterima baik persatuan sukan kebangsaan, bersesuaian dengan matlamatnya untuk menaikkan martabat sukan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, presiden daripada beberapa persatuan tampil untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci mengenai program ini.

“Datuk Dr. Nathan dari Kongres Tenpin Boling Malaysia serta Presiden Persatuan Skuasy, Huang Ying How telah datang berjumpa pihak kami.

“Ini merupakan satu petanda yang baik kerana pihak tertinggi sesuatu persatuan telah datang untuk mendengar apa yang kami ingin jelaskan mengenai program ini.

“Mereka sudah mula faham tentang objektif program podium dan pada masa yang sama mereka berkesempatan untuk mengajukan pendapat serta memberikan idea mengenai program ini," katanya.

Dalam pada itu, Dr Ramlan juga menjelaskan budaya prestasi tinggi yang bebas daripada gejala penggunaan bahan terlarang perlu untuk memastikan peruntukan yang diberi tidak menjadi pembaziran.

“Kita tidak mahu membazirkan wang rakyat dengan memberikan tajaan dalam program ini tetapi akhirnya gagal kerana perkara seperti penggunaaan bahan terlarang atau masalah disiplin.

“Kita perlu memastikan atlet yang menyertai program ini sedar tanggungjawab dan tugas mereka untuk meningkatkan lagi martabat sukan negara.

“Ini adalah misi institusi ini dan tidak ada ruang untuk agenda peribadi,” kata Dr Ramlan ketika ditemui di Institut Sukan Negara (ISN) pada Jumaat.

Program Podium ini dipertanggungjawabkan kepada ISN di mana fokus utama adalah atlet, jurulatih dan persatuan untuk mencapai sasaran merangkul pingat di peringkat Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik.



   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan