Bekas Kekasih Saman Mayweather RM72 Juta

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

FLOYD Mayweather sekali lagi berdepan dengan pertarungan, tetapi bukan di gelanggang sebaliknya di mahkamah.

Bekas kekasih Mayweather telah memfailkan saman sebanyak AS20 juta Dolar (RM72 juta) kerana memfitnah.

'Petinju Terbaik Abad Ini' disaman selepas membuat dakwaan mengenai bekas kekasihnya, Josie Harris terlibat dalam penyalahgunaan dadah semasa ditemu ramah oleh Katie Couric.

Harris yang merupakan ibu kepada tiga orang anak Mayweather menyangkal dakwaan bahawa dia merupakan penagih dadah dalam saman yang dibuat.

Menurut peguam Harris, kecederaan yang dialami oleh anak guamnya adalah akibat daripada dibelasah Mayweather bukan kerana berang dengan masalah dadah seperti yang didakwa Mayweather.

Harris juga menjelaskan dia telah ke hospital untuk menerima rawatan terhadap kecederaan di kepala, muka, dan badan serta beberapa luka dan lebam selepas dipukul Mayweather.

Sebelum ini Mayweather mengaku bersalah terhadap dakwaan yang dibuat oleh Harris yang menyatakan dia dipukul di depan anak-anaknya.

Petinju terkemuka itu dijatuhkan hukuman penjara selama 90 hari sebelum dilepaskan setelah menjalani hukuman selama dua bulan.

Daripada temu ramah yang dibuat bersama Katie Couric, Mayweather berkata tindakan yang dibuat adalah untuk menghalang wanita itu daripada terlibat dengan masalah dadah.

"Adakah saya menendang, memijak, dan memukul seseorang? Tidak.

"Adakah saya menghalang seorang penagih dadah? Ya, saya lakukan.

"Jika orang ramai menganggap itu adalah keganasan rumah tangga, maka saya mengaku bersalah, saya bersalah kerana menghalang seseorang," kata Mayweather.

Ahad lalu, Mayweather menundukkan Manny Pacquiao menerusi keputusan juri dalam pertarungan yang dianggap terbesar abad ini di Las Vegas.

Tags / Kata Kunci: floyd mayweather , josie harris

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan