Boling: Syaidatul Afifah, Jong Woo Muncul Terbuka Master

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 10:12 PM

Syaidatul Afifah (kiri) dan Park Jong Woo dari Korea bersama piala kemenangan selepas menjuarai Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia Lelaki dan Wanita di Sunway Megalanes pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet boling negara Syaidatul Afifah Badrul Hamidi berada dalam kelas tersendiri selepas muncul juara Terbuka Wanita pada Kejohanan Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-38 di Mega Lanes, Sunway Pyramid, Bandar Sunway dekat pada Khamis.

Syaidatul Afifah menundukkan pemain pelapis negara Nur Syazwani Sahar 1-0 pada saingan final step-ladder kategori wanita untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan trofi.

Atlet berusia 24 tahun itu menewaskan Nur Syazwani 213-205 jatuhan pin.Terdahulu Nur Syazwani mengalahkan seorang lagi atlet pelapis Nur Amirah Auni Azman dengan balingan 218-209 pada pusingan separuh akhir step-ladder.

Syaidatul Afifah meraih tiket final step-ladder selepas mendahului pusingankedua yang berlangsung pagi tadi, dengan catatan jumlah 1,884 jatuhan pin tertinggi.    

"Kemenangan ini menambahkan keyakinan saya untuk menampilkan prestasi yang lebih baik jika terpilih ke Sukan SEA Singapura pada Jun ini. Saya harap dapat membuat penampilan di Sukan SEA nanti.

"Walaupun saingan saya adalah pemain pelapis tetapi beliau bagus. Bagi saya dalam sukan boling, senior atau junior tiada beza...jika pemain itu memberikan prestasi terbaik, mereka akan menang," katanya kepada pemberita.

Syaidatul Afifah pernah muncul juara Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur 2014 dan meraih pingat emas bagi acara beregu pada Kejohanan Tenpin Boling Asia 2014. 

Pemain boling Korea Selatan, Park Jong Woo pula membuat kejutan pada penampilan pertamanya di Terbuka Malaysia dengan menewaskan Sam Cooley dari Australia untuk merangkul kejuaraan bagi kategori lelaki pada final step-ladder.

Jong Woo bagaimanapun tewas kepada Cooley pada perlawanan pertama dengan 191-245 jatuhan pin namun, beroleh kemenangan pada perlawanan seterusnya dengan balingan 226-172 jatuhan pin.

Walaupun terikat 1-1, Jong Woo berkelebihan kerana beliau merupakan pemain pilihan selepas mendahului pusingan kedua pagi tadi.

Tewas pada perlawanan pertama final step-ladder tidak menghalangnya untuk muncul juara. Pada pusingan kedua pagi tadi, Jong Woo membuat balingan 1,860 jatuhan pin tertinggi mendahului Cooley di kedudukan kedua dengan 1,859 pin dan atlet negara Muhd Rafiq Ismail dengan 1,856 pin berada pada kedudukan ketiga.

Kemudian, Cooley menewaskan Muhd Rafiq pada semi final step-ladder 246-237 untuk melayakkan diri ke final step-ladder bertemu Jong Woo.

Ketika ditemui pemberita, Jong Woo berkata beliau tidak menyangka mara keperingkat akhir Terbuka Malaysia.

"Ini penyertaan sulung saya dalam Terbuka Malaysia, sebab itu saya tidak menjangka ke peringkat akhir. Selepas menyaksikan separuh akhir antara Sam dan Rafiq, saya tahu laluan buat saya sukar.

"Saya merasa gementar dan tertekan selepas kalah dalam pelawanan pertama,"katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan