Boling: Pemain Singapura Kuasai Masters Remaja Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 7:47 PM

Charlene Lim (kanan) dan Kuek Qi En memenangi tempat pertama dalam Kategori Terbuka Remaja Lelaki dan Wanita pada Kejohanan Boling Terbuka Malaysia di Sunway Mega Lane pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain pelapis Singapura menguasai Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia edisi ke-38 apabila menjuarai kategori terbuka Masters Remaja lelaki dan wanita di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway pada Selasa.

Kuek Qi En meraih tempat pertama kategori lelaki selepas mengumpul 2,363 jatuhan pin menewaskan rakan sepasukan Darren Wong yang meraih 189 jatuhan pin manakala Charlene Lim juara kategori wanita selepas menewaskan dua pemain Malaysia. 

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, ia adalah yang pertama bagi saya. Ini kejohanan ketiga saya sertai sejak 2013 dan hari ini merupakan pencapaian terbaik saya...saya menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Terbuka Thailand pada Mac," kata Kuek yang berusia 18 tahun.

Muhammad Firdaus Idris dari Wilayah Persekutuan meraih tempat ketiga mengumpul 2,133 jatuhan pin selepas 10 perlawanan.

Bagi kategori wanita, atlet Singapura Charlene Lim dinobatkan sebagai pemenang selepas menewaskan dua pemain tempatan.    

Charlene, 16, merekodkan 2,121 jatuhan pin menewaskan pemain pelapis negara Nur Amirah Auni Azim dan Nur Ameerahusna Azne dari Kedah menduduki tempat kedua dan ketiga yang masing-masing mengumpulkan 2,112 dan 2,094 jatuhan pin. 

"Permulaan perlawanan tidak berapa baik, saya tidak jangka menang kerana berdasarkan sepanjang tiga tahun yang lepas. Saya...layak pusingan akhir dua kali dan saya menduduki tempat ketujuh tahun lepas," kata Charlene.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan