Mayweather Cadang Lepaskan Tiga Bengkung Kejuaraan - Sukan Ekstra | mStar

Mayweather Cadang Lepaskan Tiga Bengkung Kejuaraan

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 10:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETINJU terhebat abad ini, Floyd Mayweather membuat pengumuman akan melepaskan tiga bengkung kejuaraan yang dimenanginya selepas menewaskan Manny Pacquiao pada perlawanan yang bernilai lebih RM1 bilion di Las Vegas pada Ahad.

Mayweather berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya 48-0 dan membawa pulang bengkung kejuaraan WBO welterweight serta mengekalkan kejuaraan WBA dan WBC.

Mayweather berkata, dia akan melepaskan ketiga-tiga kejuaraan tersebut untuk memberi peluang kepada petinju lain yang mahu bertanding untuk kejuaraan tersebut.

"Keputusan masih belum dipastikan lagi dan saya akan berbincang dengan pasukan saya untuk mendapatkan keputusan muktamad.

"Saya bukan seorang yang tamak, petinju lain terutama yang muda perlu diberi peluang untuk berlawan bagi mendapatkan bengkung kejuaraan," kata Mayweather.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mayweather Production, Leonard Ellerbe, Mayweather sudah berjaya mencapai segala-galanya selama 20 tahun menceburi sukan ini.

"Apa lagi yang boleh dicapai? Ramai lagi petinju muda yang menceburi sukan ini jadi mereka akan diberi peluang untuk memenangi bengkung kejuaraan," kata Ellerbe.

Mayweather berjaya menewaskan 'Pacman' menerusi keputusan juri profesional dengan catatan mata 118-110.

Sementara itu, Pacquiao berkata, Mayweather tidak melakukan apa-apa semasa perlawanan dan hanya berlari untuk mengelak daripada terkena tumbukannya.

"Saya banyak melepaskan tumbukan yang kuat kepadanya dan mampu menahan kekuatannya," kata Pacquiao. 


Tags / Kata Kunci: Mayweather , tinju , WBO
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan