Kereta Kawalan Jauh Kutip Peralatan Pada Sukan SEA Ke-28 Di Singapura

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 10:52 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Penonton yang menyaksikan Sukan SEA di Stadium Nasional di sini pada Jun usah hairan jika melihat kereta kawalan jauh (RC) berlegar sana sini di atas padang semasa acara olahraga berlangsung.

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Singapura (SINGSOC) dan Kereta Rasmi Sukan SEA ke-28, Volvo hari ini mempamerkan versi kecilan Volvo SUV iaitu All-New Volvo XC90 sebagai unit mengutip peralatan dalam acara olahraga semasa Sukan SEA ke-28.

Kereta kawalan jauh berukuran 90cm X 45cm dan seberat 15kg akan digunakan untuk mengutip lembing, tukul serta cakera di padang dan menghantarnya kembali ke garisan permulaan.

Penggunaan kereta kawalan jauh All-New Volvo XC90 akan mempercepatkan proses mengembalikan peralatan dan membolehkan atlet seterusnya menamatkan lontaran sejurus selepas itu.

Kereta itu mempunyai pendakap khas dengan klip yang dipasang untuk memegang lembing dengan kemas dan tempat pemegang berlapik dengan lekuk bagi tukul besi serta cakera.

Bob Gambardella, Ketua NOC dan Sukan, SINGSOC berkata: "penggunaan kereta kawalan jauh All-New Volvo XC90 adalah cara berinovatif untuk meningkatkan kecekapan proses semasa acara lontaran dalam olahraga.

"Ia mengurangkan keperluan tenaga manusia dan membolehkan para pegawai yang menjaga masa membuat persiapan untuk lontaran seterusnya, mempercepatkan pertukaran antara atlet. Ini diperkenalkan kali pertama pada Sukan SEA, dan SINGSOC berasa gembira bekerjasama dengan Volvo sebagai rakan kongsi pada temasya ini," katanya semasa pengenalan kereta RC itu di sini, Isnin.

Kereta All-New Volvo XC90 itu mampu mencapai kelajuan sehingga 100 km/sejam dan meliputi sehingga 4,000 meter sehari. Ia dikendalikan sukarelawan terlatih termasuk mereka yang mengendalikan kereta kawalan jauh sebagai hobi.

Sabrina Sng, Pengurus Besar Wearnes Automotive Pte Ltd (Volvo) berkata, "dengan penglibatan Volvo sebagai Kereta Rasmi Sukan SEA ke-28, kami berpendapat bahawa kami boleh memanfaatkan fungsi pengangkutan ke tahap seterusnya."

Reka bentuk luaran kereta kawalan jauh All-New Volvo XC90 menyerupai kereta versi lebih besar termasuk reka bentuk lampu berbentuk T yang diilhamkan daripada tukul Thor, pahlawan mitologi Nordik yang terkenal.

Pada temasya Sukan SEA ke-28, Volvo Cars Singapore akan menyumbang 125 kenderaan, terdiri daripada Volvo S60, S80 dan V60 bersi 1.6L turbodiesel D2 dan varian 2.0L T5 untuk kegunaan delegasi dan pegawai.

Promosi khas juga akan diadakan yang membolehkan kereta VIP dan kereta rasmi dibuka untuk tempahan pada harga dengan diskaun sebanyak S$20,000.

Sukan SEA ke-28 akan berlangsung dari 5 hingga 16 Jun ini di Singapore Sports Hub yang menjadi venue utama temasya berkenaan.

Dianjurkan oleh SINGSOC, Sukan SEA itu diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Singapura dan akan menjadi tuan rumah kepada lebih 7,000 atlet serta pegawai daripada 36 acara sukan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: RC , Sukan SEA , Volvo

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan