Pandelela Mara Ke Aksi Akhir Siri Dunia FINA Di London

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg berjaya melangkah ke peringkat akhir acara kegemarannya, 10m platform individu dalam siri keempat Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2015, pada Sabtu.

Penerjun berusia 22 tahun itu berjaya melangkah ke peringkat akhir selepas menamatkan saingan separuh akhir B di tempat ketiga dengan mengumpul 353.05 mata pada acara yang berlangsung di Pusat Akuatik London, Queen Elizabeth Olympic Park di Stratford, London.

Venue pertandingan itu mempunyai sejarah tersendiri kepada penerjun yang berasal dari Kampung Jugan, Bau, Sarawak kerana di situlah beliau berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik London pada 2012.

Pada siri dunia itu, Pandelela Rinong memberi saingan sengit kepada dua penerjun China Liu Huixia dan Chen Roulin serta penerjun tuan rumah, Tonia Couch.

Liu Huixia beraksi cemerlang selepas mengumpul 390.60 mata untuk mengungguli saingan separuh akhir B dan diikuti Tonia dengan 367.10 mata.

Terdahulu dalam saingan separuh akhir A, Cheong Jun Hoong menamatkan saingan di tempat kelima dengan mengumpul 253.80 mata.

Saingan separuh akhir A diungguli Roseline Filion dari Kanada dengan mengumpul 359.55 mata.

Peringkat akhir acara 10m platform wanita kejohanan ini akan diadakan pada pukul 8.17 malam waktu tempatan pada Ahad (pukul 3.17 pagi, Isnin waktu Malaysia).

Tags / Kata Kunci: Pandelela Rinong , Siri Dunia FINA , London

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan