Sukan SEA: Utamakan Tanggungjawab Daripada Berfoya-Foya - Ahmad Shapawi

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 11:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet negara diingatkan supaya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mempamerkan prestasi terbaik ketika menyertai Sukan SEA di Singapura, Jun ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata beliau mahu melihat kontinjen negara menyumbangkan hasil setimpal dengan sasaran yang ditetapkan kepada mereka.

"Kepada atlet yang bertanding di Singapura, tugasan pertama dan utama adalah untuk mereka beraksi dengan baik. Pastikan mereka mencapai apa yang disasarkan kepada mereka dan membantu rakan mereka yang lain.

"Bagi pengurus dan jurulatih pasukan, ini tanggungjawab mereka untuk mengendalikan pasukan serta atlet masing-masing," katanya kepada Bernama.

Peringatan itu diberikan berikutan kebimbangan mengenai penempatan atlet dan pegawai di temasya dwitahunan itu yang berhampiran kompleks membeli-belah.

Ahmad Shapawi berkata pengurus dan jurulatih yang dilantik oleh persatuan sukan juga perlu memainkan peranan sejak dari awal lagi untuk memastikan hubungan erat antara mereka dan atlet, memahami antara satu sama lain dan menyusun jadual supaya semua pihak tahu pergerakan dan program masing-masing.

Kontinjen negara sebanyak 865 orang terdiri daripada atlet dan pegawai akan menyertai Sukan SEA 2015 bermula 5 hingga 16 Jun.

Tuan rumah Singapura, tidak menyediakan perkampungan sukan seperti kebiasaan pada mana-mana temasya sukan, sebaliknya menyediakan 20 hotel di sekitar bandaraya itu sebagai penempatan atlet mengikut acara sukan yang disertai.

Mengenai pergerakan kontinjen negara ke Sukan SEA, Ahmad Shapawi berkata kumpulan atlet akan bertolak ke Singapura secara berperingkat dan menggunakan jalan darat.

Katanya ketua kontinjen Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria telah pun berjumpa dengan pihak kerajaan Johor untuk mendapatkan bantuan logistik, di samping meminta Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2015 untuk mendapatkan kemudahan di pintu laluan masuk ke Singapura.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan