Pelayar Negara Sasar Olimpik 2020

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 1:54 PM

Faizal dan Ahmad Syukri gembira memenangi emas pada Sukan Asia di Incheon tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PELAYAR negara, Muhamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz, kini meletakkan sasaran untuk menjadi pasukan pelayaran pertana melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Semangat kedua-dua remaja yang berusia 19 tahun ini untuk mengharumkan nama negara semakin membara apabila dinobatkan sebagai Pasukan Lelaki Terbaik 2014 pada majlis Anugerah Sukan Malaysia yang berlangsung Selasa malam.

Menurut Faizal, sasaran mereka kini adalah Sukan Olimpik 2020 dan latihan yang dijalani bertujuan untuk memenuhi matlamat itu.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau bersama Ahmad Syukri kini memasuki kelas baharu dari peringkat antarabangsa 420 ke 470.

"Sukan Olimpik 2020 menjadi sasaran kerana kami memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan bot baharu yang akan digunakan kerana ia lebih besar berbanding bot yang sebelum ini.

"Kami akan berlatih bersungguh-sungguh supaya dapat membanggakan negara dan menjadi pasukan pelayaran pertama untuk layak ke Sukan Olimpik," katanya.

Mengenai anugerah yang diperoleh, kata Faizal, pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun lalu adalah antara faktor mendapat pengiktirafan itu.

"Kami sudah menjangkakan kemenangan ini kerana kami telah beraksi cemerlang sepanjang 2014.

"Malahan, Sepanjang tahun lalu juga kami telah menjalani latihan di beberapa negara seperti di Greece, New Zealand dan Jerman sebagai pendedahan dan ia ternyata banyak membantu kami untuk beraksi dengan lebih baik," kata Faizal lagi.

Faizal dan Syukri mengharumkan nama negara pada 2014 dengan memenangi pingat emas pada kejohanan Kejuaraan Pelayaran Asia 2014 dan juga di Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea serta pingat perak pada Kejuaraan Remaja Dunia Persekutuan Pelayar Antarabangsa (ISAF).




Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik , Muhamad Faizal Norizan , ISAF

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan