Faizal Shaari Tidak Tersenarai Ke Jelajah Eropah - Sukan Ekstra | mStar

Faizal Shaari Tidak Tersenarai Ke Jelajah Eropah

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyerang hoki kebangsaan, Faizal Saari yang sebelum ini diselubungi misteri 'kehilangan' sebanyak dua kali semasa latihan skuad negara, tidak tersenarai dalam kalangan 20 pemain Malaysia ke Jelajah Eropah bermula Khamis hingga 12 Mei ini.

Setiausaha Agung Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Johari Abdul Aziz berkata skuad hoki kebangsaan akan beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan di Belanda dan Belgium, sebagai persiapan akhir sebelum menghadapi saingan separuh akhir Hoki Liga Dunia di Belgium, Jun ini.

"Skuad negara akan berlepas ke Belanda malam ini dan Faizal tidak akan ke Eropah kali ini. Beliau akan berada di Malaysia untuk menerima latihan khas bagi memastikan kecergasannya kembali normal.

"Sebelum ini, dia sudah berehat lama, jadi kita bagi peluang kepada pemain lain ke Eropah. Faizal kena pastikan kecergasannya kembali seperti sedia kala,"katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Pada minggu lepas, akhbar melaporkan Faizal tidak menghadiri sesi latihan skuad negara dan jurulatih tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Faizal dikatakan memberi alasan tidak dapat menghadiri sesi latihan skuad negara kerana sibuk menguruskan majlis pertunangannya.

Sebelum itu, penyerang berusia 24 tahun itu menghilangkan diri daripada sesi latihan selepas berakhir Pusingan Kedua Liga Dunia di Singapura pada Januari lepas, dengan menyatakan tiada bayaran bonus selepas pasukan negara mencatat kemenangan, sebagai antara alasannya berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Johari berkata adik Faizal iaitu Fitri Shaari juga tidak akan menyertai skuad negara ke Eropah selepas mendapat kebenaran untuk 'berehat' sehingga Ogos ini.

Dalam pada itu, beliau berkata menerusi Jelajah Eropah itu, skuad kebangsaan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Belanda dan Belgium, serta kelab-kelab hoki di Belanda.

"Selepas Jelajah Eropah, kita akan pilih pemain yang akan mewakili Malaysia ke saingan Hoki Liga Dunia yang juga merupakan pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2016," katanya.

Senarai pemain ke Jelajah Eropah:

1. Roslan Jamaluddin

2. Muhammad Marhan Mohd Jalil

3. Muhammad Haziq Shamsul

4. Mohd Shahrun Nabil Abdullah

5. Mohamad Sukri Mutalib

6. Muhammad Firhan Ashaari

7. Azlan Misron

8. Nabil Fiqri Mohd Noor

9. Kumar Subramaniam

10. Muhammad Razie Abdul Rahim

11. Faiz Helmi Jali

12. Meor Muhammad Azuan Hasan

13. Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil

14. Ahmad Kazamirul Nasruddin

15. Muhammad Ramadan Rosli

16. Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin

17. Baljit Singh Charun

18. Izwan Firdaus Ahmad Tajudin

19. Azreen Rizal Nasir

20. Muhammad Shahril Saabah

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan