Sazali, Nicol Pertahan Gelaran Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan 2014

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 10:59 PM

Khairy menyampikan trofi Olahragawan Kebangsaan 2014 kepada Sazali pada majlis Anugerah Sukan Negara, Selasa.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Jaguh bina badan negara, Sazali Abdul Samad dan ratu skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David sekali lagi bergandingan merangkul gelaran Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2014 pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) pada Selasa malam.

Sazali,47, mempertahankan gelaran atlet terbaik negara yang dijulang tahun lalu selepas melakar kejayaan besar sepanjang tahun 2014.

Beliau berjaya merekodkan juara kali ke-10 pada Kejohanan Dunia Mr Universe Disember lalu dalam kategori 75 kilogram di Mumbai, India.

Selain itu, Sazali yang berkecimbung dalam dunia bina badan ini sejak berusia 25 tahun turut menjadi juara pada Kejuaraan Bina Badan Asia ke-48 di Macau, China.

Gelaran ini merupakan kali keempat buat Sazali selepas turut dipilih sebagai pemenang pada tahun 2000,2006 dan 2013.

Sementara itu, Nicol meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali ke-10 dengan kejayaan konsisten sepanjang tahun lalu.

Pemain skuasy No.1 dunia ini melakar tujuh gelaran juara dalam kejohanan terbuka tahun lalu selain meraih pingat emas pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia (berpasukan dan individu).

Nicol,32, turut meraih gelaran utama kebangsaan ini pada tahun 2013,2010,2009,2008,2007,2006,2005,2003 dan 1999.

Selain itu atlet olahraga, Allahyarham Mohd Azlan mat Lazin,25, dipilih sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan selepas mencatat kejayaan meraih tiga  pingat emas pada Sukan Para Asia di Incheon, Korea selatan serta dua emas, satu perak pada aksi Sukan Paralimpiad di Perlis.

Bagaimanapun nama Azlan dalam dunia sukan kini hanya tinggal kenangan selepas terlibat dalam kemalangan maut di Serdang pada Januari lalu. 

Gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan pula dinobatkan kepada Siti Nooriasah Mohamad Ariffin juga dari acara olahraga.

Siti Nooriasah menjadi tumpuan apabila berjaya meraih pingat emas dan perak pada Sukan Para Asia di Incheon.

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan membawa balik trofi dan wang tunai bernilai RM20,000 manakala Olahragawan/Olahragawati Kebangsaan menerima trofi serta wang tunai RM10,000.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar serta Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.


SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SUKAN NEGARA 2014

Olahragawan Kebangsaan: Sazali Abd Samad (Bina Badan)

Olahragawati Kebangsaan: Datuk Nicol Ann David (Skuasy)

Pasukan Lelaki Kebangsaan :Muhamad Faizal Norizan, Ahamd Syukri Abdul Aziz (Pelayaran)

Pasukan Wanita Kebangsaan: Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Odette Arnold, Zulhijjah Azan, Vanessa Raj Gnanasigamani (Skuasy)

Olahragawan Paralimpik: Allahyarham Mohd Azlan Mat Lazin (Olahraga)

Olahragawati Paralimpik: Siti Nooriasah Mohamad Ariffin (Olahraga)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan : R. Jaganathan (Olahraga)

Jurulatih Wanita Kebangsaan: TIADA

Anugerah Kepimpinan Sukan: Datuk Ong Poh Eng (Angkat berat)

Anugerah Tokoh Sukan : TIADA

Anugerah Khas: Mohd Afendy Abdullah (Pelayaran), Mendiang Peter Rajah (Bola Sepak)

Tags / Kata Kunci: Anugerah Sukan Negara

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan