Muhyiddin Harap Pemain Golf Negara Dapat Beraksi Di Olimpik

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 11:48 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menaruh harapan bahawa pemain golf negara dapat beraksi pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

Beliau berkata memandangkan Jelajah Golf Profesional Malaysia (PGM) sekarang menawarkan mata ranking dunia dalam acara yang direstui bersama dengan Jelajah Pembangunan Asia, impian itu boleh dicapai jika semua pemain menumpukan mindamereka dan berusaha keras ke arah itu. 

"Seperti anda tahu, golf akan membuat penampilan yang ditunggu-tunggu selama ini dalam Sukan Olimpik 2016, saya melihat banyak pemain profesional, amatur dan remaja hadir malam ini dan saya yakin kamu semua memasang impian untuk mewakili negara dalam Olimpik.

"Saya benar-benar berharap bahawa sesetengah daripada pemain yang hadir disini akan menjadi peserta Olimpik suatu hari nanti dan mengibarkan Jalur Gemilang di persada tinggi, jika tidak pada Sukan Olimpik di Rio tahun depan, maka sudah tentu pada Sukan Olimpik pada masa depan," kata beliau ketika berucap pada Majlis Anugerah Golf Malaysia, di sini, Jumaat.

Muhyiddin berkata sepanjang dekad yang lepas, negara-negara Asia seperti Korea Selatan, India dan Thailand telah beraksi cemerlang di pentas dunia dengan membawa kegemilangan kepada negara mereka.  

Justeru, beliau berkata, tiada sebab mengapa Malaysia tidak boleh melahirkan pemain seperti pemain India, Anirban Lahiris dan pemain Thailand Thongchai Jaidees.

"Kemudahan infrastruktur sudah ada, kita mempunyai beratus-ratus padang golfdan banyak akademi golf dengan sirkit amatur dan remaja diadakan sepanjang tahun selain jelajah profesional yang berkembang.

"Kita mahu Malaysia melahirkan bukan sahaja pemain bertaraf dunia, tetapi juga Malaysia sebagai destinasi golf dalam kalangan pemain antarabangsa," kataTimbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata kerjasama antara pihak berkepentingan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Persatuan Golf Malaysia, Persatuan Pelancongan Golf Malaysia, kelab golf, hotel dan media memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat ini.

Muhyiddin kemudian menyampaikan Anugerah Merit bagi Perkhidmatan kepada Golf 2014 kepada mendiang Kapten William Eustace Van Geyzel, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2014 kepada Allahyarham Tun Hamid Omar.

Anugerah Pengalaman Golf Terbaik Keseluruhan 2014 kepada The Els Club Teluk Datai dan Anugerah Kelab Golf Terbaik 2014 kepada Kelab Golf & Country KualaLumpur (KLGCC).

Tags / Kata Kunci: Golf , Tan Sri Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan