Floyd Mayweather: Duitnya Takkan Habis...

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

> Juara tinju dunia, Floyd Mayweather kutip AS$400 juta sepanjang kariernya

> Dari kereta sport sehinggalah ke jet peribadi, semua dia miliki

> Dia kini dianggarkan memiliki aset sehingga AS$300 juta

> Mempunyai sikap yang pelik, suka tayang wang tunai dalam laman sosial

> Mayweather dijadualkan menentang Manny Pacquiao di Las Vegas pada 2 Mei ini

> Sama ada dia menang atau kalah, dia tetap akan perolehi berjuta-juta dolar wang royalti

JUARA tinju dunia, Floyd Mayweather mempunyai satu reputasi yang pelik. Dia suka menayangkan wang tunai dalam laman sosial miliknya tanpa rasa takut atau bimbang.

Tapi jika ia sekalipun, siapa yang berani cuba merompaknya. Dia adalah juara dunia. Sekali hayun penumbuknya boleh membawa maut.

Mayweather mengira sebahagian wang miliknya.

Mayweather menjadi seorang peninju profesional pada tahun 1996, dan sejak itu dia telah memperolehi royalti perlawanan dan kemenangan sehingga AS$400 juta.

Dengan wang sebanyak itu, bagaimanakah dia menghabiskannya? Memang duit sebanyak itu tak akan habis punya.

Mayweather bersama koleksi kereta mewah dan jet peribadinya miliknya.

Sebab itulah dia suka menayang-nayang duitnya di dalam laman sosial. Sekejap di atas katil sekejap di atas lantai malah di atas kapalterbang pun dia tayang.

Mayweather juga suka tayang koleksi jam tangannya yang bertatahkan berlian dan emas.

Dia juga gemar mengumpul kereta. malah menyifatkan keretanya yang paling murah ialah Bugatti yang berharga AS$1 juta sebuah. Dia kini mempunyai tiga buah koleksi Bugatti. Bugatti yang ketiga berharga lebih AS$3 juta.

Dalam tempoh 18 tahun bertinju, dia kini telah membeli lebih 100 buah kereta termasuk 16 buah kereta Rolls-Royces.

Kereta yang dihadiahkan kepada anaknya.

Mayweather juga memiliki jet peribadi sebab dia mempunyai tabiat suka membuat keputusan pada saat-saat akhir. Tidak ada penerbangan awam yang mahu menunggu dia melainkan kapten pesawat itu bekerja untuknya.

Dan untuk tujuan itu, Mayweather telah membeli sebuah pesawat bernilai AS$45 juta.

Tags / Kata Kunci: Floyd Mayweather , Manny Pacquiao

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan