Faizal 'Hilang' Ketika Jalani Latihan Kerana Urusan Pertunangan - Radha

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 11:51 PM

Faizal Shaari

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Misteri 'kehilangan' penyerang hoki kebangsaan, Faizal Saari buat kali kedua semasa latihan adalah disebabkan beliau sedang menguruskan majlis pertunangannya, kata Bendahari Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Radha Krishnan.

Pada Selasa, akhbar melaporkan Faizal sekali lagi tidak menghadiri sesi latihan dan jurulatih tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Isu yang lepas apabila beliau bertanya tentang bayaran bonusnya dan perkara itu sudah diselesaikan dan kini ia lebih kepada masalah peribadi. Maklumat terkini yang saya dengar hari ini, beliau akan bertunang.

"Faizal ada menghubungi Setiausaha MHC (Datuk Johari Abdul Aziz) semalam dan beritahu yang dia hendak bertunang. Kita terima alasan itu dan kita (MHC) harap tiada lagi alasan lain," kata Radha kepada pemberita selepas pelancaran logo rasmi 'Putrajaya Deuter Trail Run 2015' di Menara KBS di sini, Rabu.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan.

Sebelum ini, penyerang berusia 24 tahun itu menghilangkan diri daripada sesi latihan selepas berakhir Pusingan Kedua Liga Dunia di Singapura pada Januari lepas, dengan menyatakan tiada bayaran bonus selepas pasukan negara mencatat kemenangan, sebagai antara alasannya berbuat demikian.

"Kita harap dia akan terus datang untuk latihan secepat mungkin kerana ketiadaan Faizal mungkin akan mengganggu prosedur latihan...adalah tidak adil kepada pemain lain," kata Radha yang juga Pengarah Urusan Universal Fitness and Leisure Sdn Bhd (UFL).

Mengenai isu bayaran bonus, Radha berkata bayaran tersebut telah dibuat semasa kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, baru-baru ini.

"Pembayaran bonus kepada kesemua pemain sudah dibuat semasa Piala Sultan Azlan Shah kecuali mereka yang tidak beraksi pada kejohanan berkenaan. Mereka perlu menghubungi Setiausaha MHC berhubung pembayaran itu.

"Kesemua pemain diberi bayaran yang sama...semuanya sama," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Faizal Shaari , hoki , Radha Krishnan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan