MSN Mahu KOM Pastikan Persiapan Atlet Olahraga Tidak Terganggu

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 11:34 PM

Ahmad Shapawi Ismail

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) mahu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memastikan persiapan atlet olahraga ke Sukan SEA di Singapura tidak terjejas ekoran percanggahan pendapat antara jurulatih kebangsaan dan pengarah teknikalnya, Robert Ballard.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berharap Ballard akan bekerjasama dengan jurulatih lain dan mendengar pendapat mereka bagi memastikan satu kata sepakat dapat dicapai.

"Ballard bukan dipilih oleh MSN sahaja, ia mendapat persetujuan KOM untuk mengawasi, merancang dan memastikan segala program latihan atlet olahraga berjalan lancar sebelum ke sesebuah kejohanan.

"Saya faham perkara ini memang tidak dapat dielak kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri dan kredibiliti masing-masing tapi saya memang berharap isu ini tidak akan mengganggu atlet," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2014, di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini, Selasa.

Menurut laporan sebuah akhbar pada hari ini kehadiran Ballard dikatakan tidak banyak membantu sebaliknya menimbulkan kepincangan dalam pentadbiran sukan itu apabila beberapa jurulatih tempatan tidak sebulu dengan warga Australia itu.

Ballard juga didakwa tidak memberi sebarang impak dalam melonjakkan kualiti atlet olahraga hingga mendorong beberapa jurulatih menyuarakan rasa kurang senang terhadap pendekatan Ballard. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: MSN , KOM , Ahmad Shapawi Ismail , Sukan SEA , olahraga

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan