Sukan SEA: Petanque Azam Akhiri Kemarau Emas Di Singapura

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 9:11 PM

Acara petanque sasar emas pada Sukan SEA di Singapura Jun ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan petanque negara optimis dapat mengakhiri kemarau pingat emas pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini.

Setiausaha Kehormat, Persekutuan Petanque Malaysia, Zanilisa Mohamad berkata keyakinan ini disandarkan kepada atlet negara, Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Termizi dalam acara shooting.

"Keyakinan itu berdasarkan pencapaian pingat gangsa oleh Nuzul Azwan pada Kejohanan Piala Dunia di Perancis, awal tahun ini," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Menurutnya, skuad negara akan disertai enam atlet wanita dan tujuh atlet lelaki yang akan mengambil bahagian acara shooting, single, double, triple dan mixed triple dan mix double.

Mengulas mengenai kelemahan atlet petanque, Zanilisa berkata atlet negara perlu memperbaiki mutu persembahan pada peringkat final.

"Kita perlu pemain yang boleh berfikir ketika beraksi. Mereka perlu bijak menyusun strategi. Masalah pemain negara ialah mereka menghadapi masalah ketika saat kritikal pada final," katanya.

Zanilisa, yang juga pengurus pasukan, berkata Thailand, Laos dan Kemboja dijangka memberi saingan sengit kepada skuad negara pada temasya dwitahunan itu dari 5 hingga 16 Jun ini.

Petanque mula diperkenalkan pada Sukan SEA ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2001. Pada edisi 2013 di Myanmar, skuad negara hanya mampu meraih lima pingat gangsa.

Tags / Kata Kunci: Petanque , Sukan SEA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan