Spieth Juarai Golf Masters - Sukan Ekstra | mStar

Spieth Juarai Golf Masters

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 12:12 PM

Juara bertahan Masters, Bubba Watson (kiri) memakaikan jaket Hijau kepada juara 2015, Spieth pada edisi ke-79 kejohanan tersebut di Kelab Golf Nasional Augusta di Augusta, Georgia.

(Ubah saiz teks)

AGUSTA, Amerika Syarikat: Bintang golf Amerika Syarikat (AS), Jordan Spieth melakukan persembahan terbaik dalam sejarah kejohanan golf Masters untuk menjadi pemain termuda kedua memenangi kejuaraan tersebut.

Pemain berusia 21 tahun itu juga melakukan dua bawah par 70 untuk menamatkan saingan 18 bawah par 270 yang menyamai rekod kejohanan dilakukan legenda, Tiger Woods pada 1997.

"Ia adalah minggu paling menakjubkan dalam hidup saya. Ia ibarat mimpi menjadi kenyataan. Saya masih berada dalam keadaan terkejut sedikit ketika ini," kata Spieth selepas menewaskan dua bekas juara Major, Phil Mickelson dan Justin Rose. 

Selaku juara, Spieth menjadi pemakai Jaket Hijau yang menjadi simbol juara di Masters selain membawa pulang hadiah lumayan AS$1.8 juta (RM6.61 juta).

Pemain England, Rose yang juga juara Terbuka AS 2013 dan gandingan terakhir Spieth pada hari terakhir, berada di kedudukan kedua selepas menamatkan saingan dengan 70 pukulan untuk keseluruhan 274. 

Kedudukan itu dikongsi seorang lagi legenda AS yang juga pemenang lima gelaran Major, Mickelson yang melakukan 69 pukulan.

Pemain di ranking tertinggi kejohanan Masters, Rory McIlroy yang memburu gelaran Major ketiga berturut-turut, menamatkan saingan di kedudukan keempat selepas melakukan 276, kelebihan satu pukulan di depan pemain Jepun, Hideki Matsuyama. 

Juara Major 14 kali, Woods pula melakukan 73 pukulan pada hari terakhir untuk berkongsi kedudukan ke-17 yang juga pencapaian terbaiknya sejak 2013.

Tags / Kata Kunci: Golf Masters , Jordan Spieth
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan