Slogan Sukma Selangor: Khairy Sokong Pandangan Sultan Selangor

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 7:16 PM

Khairy (ketiga dari kiri) bersama Adenan Satem (kanan) ketika melancarkan Fit Malaysia peringkat negeri di Padang Merdeka, Kuching pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersetuju dengan teguran Sultan Selangor supaya kerajaan negeri menukar slogan "KitaLawan untuk kontinjen Selangor bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, tahun depan.

Khairy berkata beliau bersependapat dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa acara sukan tidak dicemari dengan unsur-unsur politik.

Beliau berkata slogan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu jelas berbaur politik kerana slogan kontroversi itu digunakan dalam kempen politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Slogan #KitaLawan digunakan oleh penyokong PKR untuk kempen membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

"Sebagai menteri sukan, saya bersetuju dengan Sultan Selangor dan sukan tidak perlu dipolitikkan...dan politik tidak ada tempat dalam sukan," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran acara FitMalaysia peringkat negeri yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak,  Tan Sri Adenan Satem di Padang Merdeka, pada Ahad.

Katanya beliau berpegang kepada prinsip bahawa sukan tidak sama sekali dipolitikkan dan tindakan kerajaan negeri Selangor telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan atlet negeri itu.

"Kerajaan Selangor amat degil kerana tidak mahu mengubah slogan itu dengan memberi pelbagai alasan. Saya cadangkan kepada kerajaan negeri itu supaya mendengar kepada pemerintah mereka dan ubah slogan itu," katanya. |

Bulan lepas, kerajaan Selangor menerusi exco sukan, Amiruddin Saari mengumumkan kontinjen Sukma negeri itu akan mengguna pakai slogan #KitaLawan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan