Hoki: Misi Malaysia Berakhir Di Tangga Tercorot

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 8:20 PM

Pasukan Kanada (putih) meraikan kemenangan ke atas Malaysia melalui penentuan penalti.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia menutup tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24 dengan kedudukan tercorot setelah tewas 3-1 kepada Kanada menerusi penentuan penalti di Stadium Azlan Shah pada Ahad.

Pada perlawanan penentuan kedudukan kelima, Malaysia gagal menyekat Kanada pada pertemuan kali kedua apabila terikat 4-4 pada perlawanan sepenuh masa sebelum melangkah ke sesi pukulan penalti.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia apabila Nabil Fiqri Mohd Noor, Haziq Samsul dan Muhammad Firhan Ashari gagal menyempurnakan tanggungjawab yang diberi.

Selepas menampilkan aksi memberangsangkan ketika menewaskan Kanada 4-1pada Sabtu, skuad kendalian Tai Beng Hai itu, mula hilang tumpuan pada penentuan penalti pada perlawanan tersebut.

Pada awal perlawanan, walaupun dalam keadaan hujan lebat, kapten pasukan Muhammad Razie Abdul Rahim membuka tirai jaringan pada minit kedua menerusi pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, pada suku kedua permainan, Kanada menyamakan kedudukan menerusi pukulan padang yang disempurnakan oleh Gabriel Ho-Garcia pada minit ke-16. Faizal Saari bagaimanapun terus bertindak cemerlang apabila meledakkan gol kedua Malaysia pada minit ke-19 menerusi hantaran oleh Azlan Misron.

Skuad Malaysia terus mengasak benteng pertahanan Kanada dan berjaya memperoleh gol ketiga menerusi Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-23.

Pun begitu, pada suku ketiga Kanada mula menguasai permainan dengan corak pantas dan bertenaga apabila membalas dua gol, sekali lagi hasil jaringan Gabriel Ho-Garcia pada minit ke-26 dan 32.

Malaysia bangkit semula dengan malancarkan gerakan pantas untuk menyumbat masuk gol keempat pada minit ke-37 menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari.  

Pada suku akhir permainan, Kanada mula menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti Matthew Sarmento pada minit ke-49.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan tamat, pengurus skuad hoki negara Datuk Nur Azmi Ahmad berkata pemain perlu mengambil kekalahan pada hari ini sebagai satu pengajaran. 

"Bagus juga kita kalah ataupun tempat tercorot pada kejohanan ini , walaupun baru-baru ini kita menjadi juara di Singapura (perlawanan Pusingan Kedua LigaHoki Dunia 2015), ini satu pengajaran yang hebat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan