Malaysia Bangkit Tewaskan Kanada 4-1

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 11:43 PM

Firhan Ashari menjaringkan gol pertama negara dalam pertemuan menentang Kanada pada hari kelima Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-24 di Stadium Azlan Shah, Ipoh pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia bangkit daripada kekecewaan dengan  menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Kanada 4-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini malam Sabtu.

Kejayaan itu meletakkan pasukan negara menamatkan cabaran di tangga kelima dengan mengutip enam mata hasil dua kemenangan.

Berikutan itu juga, anak buah Tai Beng Hai akan bertemu semula dengan Kanada untuk perebutan tempat kelima dan keenam pada Ahad.

Pada aksi hari ini (Sabtu), Malaysia berjaya menyerap tekanan dan serangan bertali arus pasukan Kanada, dengan membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Muhammad Haziq Shamsul.

Seminit kemudian, Malaysia melancarkan gerakan pantas untuk menyumbat masuk gol kedua menerusi Nabil Fiqri Mohammad Noor.

Pada babak kedua, skuad Malaysia terus mengasak benteng pertahanan Kanada dan berjaya memperoleh gol ketiga menerusi Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-38.

Bagaimanapun, Kanada membalas satu gol hasil jaringan Matthew Sarmento  menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-40. 

Namun, tiga minit kemudian Malaysia melebarkan kedudukan melalui jaringan Muhammad Haziq untuk memastikan kemenangan selesa tuan rumah.

Sementara itu, pada perlawanan berlangsung di venue sama petang tadi, India mencatat kemenangan setelah menewaskan Australia 4-2, manakala New Zealand seri 3-3 dengan Korea Selatan.

Berikutan keputusan itu, perlawanan akhir malam Ahad, adalah antara Australia berdepan New Zealand manakala Korea Selatan menentang India untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Tags / Kata Kunci: hoki , Piala Sultan Azlan Shah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan