Malaysia Kecundang 2-3 Di Tangan Korea Selatan

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 11:52 PM

Pasukan Korea Selatan meraikan kejayaan mereka menewaskan Malaysia dengan jaringan 3-2 pada hari keempat Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke 24 malam Khamis. Piala Sultan Azlan Shah 2015 kali ini menampilkan penyertaan pasukan dari India, Korea Selatan, New Zealand, Kanada dan Malaysia berlangsung dari 5 hingga 12 April di Stadium Azlan Shah, Ipoh. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Skuad hoki negara gagal meneruskan aksi bertenaga pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24 apabila tumpas 2-3 kepada Korea Selatan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini malam Khamis.

Selepas menampilkan aksi memberangsangkan ketika menewaskan India 3-2 pada Rabu, skuad kendalian Tai Beng Hai itu, mudah hilang tumpuan pada perlawanan Khamis.

Seawal minit ketiga, skuad negara sudah ketinggalan hasil jaringan Lee Jung Jun, sebelum Lee Namyong menjaringkan gol kedua Korea Selatan untuk menewaskan penjaga gol negara, S. Kumar menerusi jaringan padang pada minit ke-29.

Hanya pada suku ketiga permainan menyaksikan Malaysia bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Faizal Saari pada minit ke-32 diikuti  kapten pasukan Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-34.

Kegembiraan skuad negara, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila selang seminit kemudian, anak buah Shin Seok Kyo terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad negara dengan meledak gol ketiga Korea Selatan menerusi pukulan sudut penalti Kim Youngjin.

Kedudukan tersebut kekal sehingga ke wisel penamat.

Skuad negara sebelum ini, tumpas 2-4 kepada New Zealand pada perlawanan pertama dan 2-3 kepada juara dunia Australia, namun bangkit mencatat kemenangan 3-2 ke atas India, semalam.

Malaysia akan berdepan Kanada Sabtu ini.

Sementara itu, pada perlawanan berlangsung di venue sama petang tadi, Australia mengekalkan rekod bersih apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut selepas mengalahkan New Zealand 3-1, manakala India menewaskan Kanada 5-3.

Tags / Kata Kunci: Piala Sultan Azlan Shah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan