Iskandar Alwi Pada Landasan Betul Untuk Emas Di Singapura

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 9:57 PM

Iskandar Alwi bangga bersama rekod kebangsaan yang baharu dicapainya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet lompat bergalah negara, Iskandar Alwi membuktikan beliau berada di landasan yang betul untuk meraih pingat emas di Sukan SEA Singapura Jun ini apabila memperbaharui rekod kebangsaannya dengan mencatatkan ketinggian 5.16m.

Iskandar, 20, ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-92 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 5.15m, yang dicatatkan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Kangar, Perlis tahun lepas.

Atlet berasal dari Johor itu berkata, beliau masih tidak serasi dengan galah baharunya dan telah menggunakan galah lamanya untuk mencipta rekod tersebut walaupun beraksi dalam keadaan cuaca yang cukup panas.

"Saya masih tidak serasi dengan galah baharu saya kerana ia agak susah untuk lompat...jadi tukar balik ke galah lama dan hanya fokus satu lompatan sahaja dan Alhamdulillah berjaya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas acara itu.

Iskandar, yang akan beraksi pada Kejohanan praSukan SEA di Singapura minggu depan, berkata beliau hanya mampu mencatatkan ketinggian 4.90m apabila menggunakan galah baharunya.

Beliau berjaya memenangi pingat emas acara itu selepas mengetepikan Chan Sheng Yao dari Singapura yang mencatatkan 4.80m dan Mohd Afiq Alham dari Johor (4.60m) yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa. 

Iskandar bakal beraksi pada temasya Sukan SEA buat kali kedua pada Jun ini selepas membawa pulang pingat perak dari temasya sama di Myanmar dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Rayzhamshah W. Sofian dari Sabah telah meraih pingat emas dalam acara 110m lari berpagar lelaki dengan mencatatkan masa 14.18s.

Pingat perak dimenangi oleh Mohd Ajmal Aiman Mat Hasan dari Terengganu (14.22s) dan Mohd Robani Hassan dari Kuala Lumpur (14.51s) merangkul pingat gangsa.

Dalam acara 100m lari berpagar wanita, Raja Nursheena raja Azhar dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah merangkul pingat emas dengan masa 14.02s, mengalahkan Tran Thi Yen Hoa dari Vietnam (14.04s) dan Ku Munirah Ku Zamzuri dari Melaka (14.30s).

Sementara itu, dalam acara 4x400m lelaki, pasukan Kedah meraih emas dengan catatan masa 3:18.03s, diikuti ATM (3:18.70s) dan Sabah (3:22.10s).

Prestasi atlet negara secara keseluruhannya masih tidak memuaskan dengan tiada seorang pun atlet yang melayakkan diri ke Sukan SEA pada Sabtu, menyebabkan jumlah atlet olahraga yang telah layak secara merit kekal 17 orang sejak Jumaat.

Kejohanan tiga hari yang akan berakhir Sabtu merupakan peluang terakhir kepada atlet negara untuk mengesahkan tiket ke temasya Sukan SEA dari 5 hingga 16 Jun ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Iskandar Alwi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan