Hoki: Saingan Dijangka Makin Sengit - Abdul Rahim

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 6:35 PM

Juara bertahan, Australia berpeluang catat rekod hatrik pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah April ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Edisi ke-24 Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang bakal berlangsung awal April ini diharap dapat menyaksikan buat julung kalinya pasukan Malaysia bergelar juara.

Kejohanan hoki jemputan yang diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)  menyaksikan pasukan Malaysia masih gagal menjulang trofi ini, sebaliknya hanya mampu bergelar naib juara sebanyak lima kali (1985, 2007, 2009,2013,2014) sejak mula diadakan pada tahun 1983.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan, Datuk Abdul Rahim Matt Ariff berkata, nasib belum menyebelahi pasukan Malaysia yang beberapa terkandas di pentas akhir dan mengakui setiap tahun cabaran kejohanan semakin sengit.

“Tahun ini enam negara termasuk Malaysia bakal bertanding. Malah pasukan Australia turut mengesahkan penyertaan dan pastinya akan cuba mempertahankan kejuaraan mereka.

“Bertambah sengit lagi apabila semua pasukan yang menyertai kejohanan ini mempunyai ranking terbaik dunia selain disyaratkan menghantar pasukan utama seperti edisi sebelum ini,” jelas Abdul Rahim yang juga Presiden Persatuan Hoki Perak.

Selain juara bertahan Australia , episod kali ini bakal menyaksikan New Zealand, pasukan ranking ketujuh dunia, Korea Selatan (8), India (9), Kanada (14) dan pasukan tuan rumah, Malaysia, yang menduduki ranking ke-12 dunia.

Australia selaku juara dunia dan bekas juara Olimpik 2004 bakal bertandang ke Ipoh pada 5 hingga 12 April depan dijangka cuba mencatat kejuaraan hatrik selepas dua gelaran berturut-turut pada tahun 2013 dan 2014.

Selain itu, Abdul Rahim turut mengucapkan penghargaan kepada semua penaja yang tampil memberi sumbangan untuk terus membantu menganjurkan kejohanan ini.

“Jumlah yang diterima keseluruhan tahun ini (RM1,865,050) cukup untuk menjadikan kejohanan terus berjalan lancar,” tambahnya.

Antara penaja-penaja yang turut terlibat dalam kejohanan ini ialah Astro (RM350,000), Kerajaan Negeri Perak (RM200,000), Kementerian Belia dan Sukan (RM150,000), XYZ (RM140,000), Kuala Lumpur Kepong Sdn Bhd (RM100,000), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (RM100,000), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (RM100,000), UEM Sunrise Khazanah (RM100,000), Tenaga Nasional Berhad (RM100,000), MSN (RM100,000), Majlis Bandaraya Ipoh-Datuk Harun Rawi (RM50,000), Ngan Yin Groundnut Sdn Bhd (RM50,000), Tenby Educare Sdn Bhd (RM50,000), Lembaga Air Perak (50,000), YBU Holding Sdn Bhd (RM50,000), The Majestic Ipoh Sdn Bhd (RM50,000), Amber Synergy Sdn Bhd (RM50,000), Datuk Shum Long Sang (RM25,000), Chong Wei Berjaya (RM25,000) dan SSF Corporation (RM25,000).

Tags / Kata Kunci: Piala Sultan Azlan Shah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan