Sukan SEA: Ujian Doping Dorong Atlet Buat Persediaan Betul - Norza

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 4:55 PM

Mohamad Norza (kanan) bersama dengan sebahagian atlet silat negara ketika mengadakan perjumpaan bersama atlet yang akan mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Singapura pada Jun ini, di ISN, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Chef De Mission (CDM) Sukan SEA ke-28, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menganggap arahan supaya semua atlet kejohanan di Singapura itu menjalani ujian doping dapat mendorong setiap wakil negara membuat persediaan yang betul.

Pada masa sama, beliau juga berharap jurulatih serta pegawai bertanggungjawab dapat mengawal atlet daripada mengambil bahan terlarang, selain menjaga pemakanan mereka.

"Ujian doping pada Sukan SEA melibatkan pemeriksaan darah dan air kencing dan kita tidak mahu kes yang berlaku pada Sukan Asia di Incheon berulang.

"Tentunya, dengan menjalankan ujian doping untuk semua atlet kita dapat memastikan setiap daripada mereka melakukan persediaan yang betul pada Sukan SEA ini," katanya ketika ditemui pada sesi perjumpaan bersama atlet kebangsaan yang akan menyertai Sukan SEA di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil di sini, Rabu.

Norza berkata demikian bagi mengulas arahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Selasa supaya Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) menjalankan ujian doping terhadap semua atlet negara ke Sukan SEA tahun ini.

Sebelum ini, kira-kira 30 peratus sahaja atlet akan menjalani ujian berkenaan yang dilakukan secara rambang.

Menjelaskan lanjut, Norza berkata, terdapat beberapa kesukaran yang perlu dihadapi untuk melaksanakan ujian doping terhadap semua atlet yang dianggarkan lebih dari 600 orang itu.

"Ia memerlukan masa dan kos tinggi kerana semua contoh darah dan air kencing perlu dihantar ke New Delhi, India.

"Sebelum ini Universiti Sains Malaysia (USM) adalah panel bagi ujian doping yang dilakukan dan pertukaran ke New Delhi menyebabkan kos yang ditanggung lebih tinggi, tetapi saya percaya ia pelaburan yang tepat dan perlu dibuat untuk memastikan atlet Malaysia tidak berhadapan sebarang masalah membabitkan isu doping," katanya.

Selain itu, beliau juga mengakui bahawa tindakan perlu diambil untuk mengurangkan kos dengan memastikan makmal dibawah Adamas mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Mengenai sesi pertemuannya dengan atlet negara, beliau berkata, ia diatur bagi mengetahui persediaan serta masalah yang dihadapi atlet yang bakal mewakili negara pada temasya sukan yang akan berlangsung pertengahan tahun ini.

"Daripada perjumpaan dengan atlet serta pegawai pasukan, keputusan dibuat untuk memindahkan latihan semua pasukan ke ISN iaitu secara berpusat untuk memudahkan atlet terbabit menjelang Sukan SEA," katanya.


Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Norza Zakaria , atlet , Singapura , doping

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan