Pesilat Umpama Angkatan Ketiga Pertahan Negara - PM

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 11:08 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Semua pesilat dan pertubuhan silat adalah umpama angkatan ketiga yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh durjana sama ada dari dalam mahupun luar, demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata walaupun masyarakat kini dalam zaman kontemporari serba moden tetapi semangat kependekaran amat penting dalam konteks pertahanan negara. 

"Pembabitan dalam persilatan khususnya persilatan gayong ada beberapa kelebihan yang boleh dihayati iaitu membina kekuatan yang tidak berpaksi kepada kekuatan fizikal sahaja tapi pengorbanan rohani, jiwa, mental supaya sentiasa kental menghadapi sebarang cabaran," katanya. 

Perdana Menteri berucap pada majlis 'Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015' anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) yang dihadiri kira-kira 12,000 pesilat gayong seluruh negara di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Selasa.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. 

Najib berkata, antara kelebihan lain seorang pesilat ialah seni mempertahankan diri itu menekankan kepentingan penambahbaikan diri dari segi fokus dan meraih kepakaran yang semakin mendalam dan tinggi. 

"Silat juga membentuk kesatuan dan kesepaduan. Ini amat penting demi survival orang Melayu dan kecemerlangan bangsa yang mesti berpaksi kepada solidariti antara orang Melayu dan Islam," katanya yang juga Imam Khalifah Agung PSSPGM.

Jelas Najib, silat juga membangunkan anak-anak muda selain menekankan disiplin dan jati diri dalam membina karekter dan keutuhan jati diri.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga dengan komitmen pesilat gayong dari seluruh tanah air.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Yayasan Pusaka Gayong dan menyampaikan sandang kebesaran gayong kepada beberapa individu termasuk artis tanah air Ahmad Azhar Othman yang lebih dikenali sebagai Awie, dan Nasir Bilal Khan.

Tags / Kata Kunci: PSSPGM , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan