Hari Sukan Negara Kukuhkan Lagi Hubungan Rakyat - Najib

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 11:58 PM

Najib melawat pameran kecergasan ketika pelancaran Hari Sukan Negara 2015 di Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Hari Sukan Negara yang akan disambut pada 10 Oktober ini dilihat dapat merapatkan lagi hubungan rakyat tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.

Menerusi catatan terbaru di laman Facebook beliau, Najib berkata selain menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan rakyat, ia juga menitikberatkan penglibatan bersama atau 'mass participation'.

"Sebagaimana yang dibentangkan dalam Bajet 2015 pada tahun lepas, saya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan.

"Bagi merealisasikan hasrat tersebut, petang tadi, saya telah melancarkan kira detik ke arah sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti yang akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara," katanya.

Najib ketika melancarkan Hari Sukan Negara 2015 telah mengisytiharkan setiap Sabtu minggu kedua pada Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara.

"200 hari lagi ke Hari Sukan Negara. Kita bersukan bersama pada 10 Oktober!," katanya yang turut memuat naik gambar bersama-sama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan timbalannya Datuk M.Saravanan ketika pelancaran Hari Sukan Negara 2015 pada Selasa.
Tags / Kata Kunci: Hari Sukan Negara , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan