Peroleh Emas, Hadiah Hari Jadi Terbaik Muhammad Rafiq

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 11:50 PM

Muhammad Rafiq Ismail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memperoleh pingat emas pertama menerusi Muhammad Rafiq Ismail pada Kejohanan Tenpin Boling Belia Asian ke-18 di Macau pada Selasa.

Muhammad Rafiq kekal tanpa tentangan dan menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-18nya pada Selasa dengan memenangi pingat emas perseorangan lelaki.

Menurut Persekutuan Boling Asian (ABF) dalam laman sesawangnya, pemenang pingat perak dalam semua acara di Kejohanan Asia 2015, Muhammad Rafiq menetapkan penanda aras dengan jatuhan 1,615 pin untuk menang selesa menerusi kelebihan  135 pin.

"Saya tidak mengimpikan hadiah hari jadi yang lebih baik selain daripada memenangi pingat emas pertama saya di sini, kata Muhammad Rafiq yang memenangi dua pingat perak dan satu pingat gangsa di Kejohanan Asia, Januari tahun ini.

Memecahkan dua rekod dalam kejohanan kali ini telah menambahkan seri kepada kejayaan saya. 

Saya harap untuk mengekalkan prestasi itu dalam acara berpasangan, berpasukan dan masters," katanya.

Sementara itu, Enrico Lorenzo Hernandez dari Filipina membawa pulang pingat perak dengan 1,480 jatuhan pin dan Javier Tan dari Singapura menerima pingat gangsa dengan 1,433 jatuhan pin.

Pada Rabu, seramai 40 peserta termasuk empat wakil wanita negara, Natasha Roslan, Nora Lyana Natasia, Nur Amirah Auni Azman dan Nur Syazwanu Sahar akan beraksi dalam acara perseorangan.

Pertandingan akan bersambung dengan acara lelaki berpasangan pada 26 Mac sementara wanita berpasangan pada 27 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: tenpin boling , Muhammad Rafiq Ismail , emas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan