Semua Atlet Sukan SEA Wajib Jalani Ujian Doping - KJ

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 10:59 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) supaya prosedur doping dilaksanakan ke atas semua  atlet yang akan mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Singapura pertengahan tahun ini.

Beliau berkata, ujian itu sebagai langkah untuk memastikan semua atlet negara bebas daripada sebarang amalan yang boleh memberi kesan terhadap masa depan atlet negara.

"Jika sebelum ini hanya sebanyak 30 peratus sahaja di mana hanya sesetengah atlet yang menjalani ujian tersebut, tahun ini ujian doping perlu ditingkatkan 100 peratus," katanya selepas perasmian Hari Sukan Negara di sini, Selasa.

Arahan Khairy itu  berikutan kes melibatkan pelumba basikal negara, Mohd Shah Firdaus Shahrom yang disahkan posittif doping selepas pelumba itu enggan menguji sample B air kencingnya.

Khairy juga meminta Adamas supaya meningkatkan pengurusan maklumat supaya dapat disalurkan lebih cepat  kepada Kementerian Belia dan Sukan.

"Kami lambat menerima maklumat mengenai kes ini (Mohd Shah)  kerana kekurangan kemudahan oleh Adamas  untuk menerima maklumat daripada Agensi Antidoping Dunia (Wada) dan itu adalah kelemahan dari Adamas sendiri," katanya.

Pelancaran Hari Sukan Negara dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hari Sukan Negara akan diadakan pada setiap Sabtu, minggu kedua Oktober bermula pada 10 Oktober tahun ini sebagai kemuncak program Fit Malaysia yang telah diadakan hampir di seluruh Malaysia.

Program ini bertujuan meningkatkan minat bersukan serta taraf kesihatan di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan platform untuk mengenal pasti bakat baharu untuk menjadi atlet kebangsaan di masa hadapan.


Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , doping , Sukan SEA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan