MRU Sasar Tempat Di Sukan SEA 2017

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 3:36 PM

Su Ling (tiga dari kiri) menyerahkan trofi kepada Presiden Kelab Rugbi Cobra, Lt Kol (B) Tommy Pereira sambil diperhatikan Amiruddin pada sidang media, Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) menyasarkan kedudukan empat teratas menjelang kejohanan Sukan SEA 2017 apabila Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah, jelas Presidennya, Datuk Wira Amiruddin Embi. 

"Ramalan kami adalah untuk berada dalam 'Top 4' di kejohanan Sukan SEA 2017, ia menjadi keutamaan.  

"Kami akan memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili Malaysia bersama pemain yang lebih berpengalaman," katanya.

Amiruddin turut memberitahu, selain Sukan SEA, MRU juga memberi tumpuan serius terhadap Kejohanan Ragbi Malaysia (ARC) pada Mei ini.

"Persiapan dan latihan dijalankan lebih awal untuk memastikan pasukan ragbi negara lebih bersedia dari segi mental dan fizikal kerana penyertaan untuk ARC tahun ini lebih mencabar berbanding tahun sebelumnya," tambahnya. 

Dimaklumkan, pasukan Thailand dan Chinese Taipei bakal menjadi pasukan yang akan memberi saingan hebat semasa kejohanan itu kerana menurunkan pasukan daripada Divisyen Satu dan bakal beraksi di Divisyen Dua bersama pasukan negara.

Kekecewaan turut dirasai apabila pasukan negara masih berada dalam kelompok Divisyen Dua ARC walaupun berjaya memenangi divisyen tersebut, namun disebabkan format baharu yang diperkenalkan oleh ARC, pasukan negara terpaksa kekal di divisyen tersebut.

"Kami akan menghantar pasukan negara ke Melbourne untuk menjalani latihan yang lebih efektif malah turut dipimpin oleh jurulatih tempatan disana dan saya percaya dengan kaedah ini pasukan negara lebih bersedia," katanya pada sidang media kejohanan Ragbi Sekolah Cobra 1Malaysia 10 Sebelah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling berkata, sukan ragbi menjadi platform untuk mendekati dan menarik perhatian belia memupuk semangat perpaduan serta nilai 1Malaysia apabila semangat berpasukan menjadi teras utama untuk mencapai kejayaan. 

Selain itu, pasukan negara akan bertolak ke Singapura pada hujung minggu ini untuk perlawanan persahabatan. 

Tags / Kata Kunci: MRU , ragbi , Amiruddin Embi , Sukan SEA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan