Dua Jawatan Timbalan Presiden Akan Diwujud Dalam MHC

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 10:02 PM

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyaksikan undian ahli Konfederasi Hoki Malaysia pada Mesyuarat Agung Tahunan persatuan tersebut di Kuala Lumpur, Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota gabungan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebulat suara bersetuju dengan penggubalan perlembagaan baharu badan induk sukan itu yang antara lain menyaksikan pewujudan dua jawatan timbalan presiden.

Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah menurut perlembagaan baharu itu, dua jawatan timbalan presiden itu masing-masing perlu diisi oleh lelaki dan wanita, seperti yang diputuskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) MHC pada Ahad.

"Dalam perlembagaan baharu nanti terdapat beberapa pindaan dalam struktur organisasi yang mana 'governing council' (majlis tertinggi) digugurkan. 

"Ini bermakna jawatan setiausaha agung turut digugurkan dan diganti dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)," titah baginda kepada pemberita selepas mempengerusikan EGM itu di sini Ahad.

Menurut perlembagaan baharu itu, MHC akan dipimpin seorang presiden selain mempunyai dua timbalan presiden, tujuh naib presiden selain seorang CEO dan bendahari.

Jawatan timbalan presiden MHC kini disandang Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan