Bola Jaring Kebangsaan: Johor Tekad Rampas Takhta Juara

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 5:58 PM

Pemain Selangor (jersi kuning) diasak oleh pemain Kuala Lumpur semasa membuat serangan ketika beraksi dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan Ke-31 di Stadium Juara Bukit Kiara pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan bola jaring Johor bangkit daripada kelesuan dengan mara ke peringkat akhir untuk bertemu Selangor pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan Ke-31 pada Ahad ini. 

Pada perlawanan separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu, Johor menewaskan juara bertahan, Pahang, dengan 40-26.  

Kali terakhir Johor menjadi juara ialah pada 2002 dan episod kemerosotan mereka bermula pada 2010. 

Ketua jurulatih Johor, Aminah Asaari, berkata beliau melihat para pemainnya mempamerkan corak permainan yang lebih bersemangat untuk mara ke final.

"Saya harap mereka (pemain) dapat terus bermain seperti hari ini ataupun lebih baik lagi jika mahu bergelar juara. Dari segi saingan, mereka pasti menerima saingan sengit.  

"Hanya kesilapan yang dibuat di gelangang bakal menentukan siapa menang dan siapa kalah," katanya selepas perlawanan. 

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan permainan yang penuh bertenaga di antara Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di mana Selangor menundukkan lawannya dengan 28-25. 

Jurulatih Selangor, Siti Fairus Md Mustappa, berkata pasukannya belum pernah mara ke final, namun beliau yakin dapat menundukkan Johor jika pasukannya dapat memberikan lebih saingan. 

Pada edisi ke-30 kejohanan itu, Selangor menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Keputusan Separuh Akhir:

Johor mn Pahang: 40-26

Selangor mn Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 28-25 

Tags / Kata Kunci: Bola Jaring Remaja , Kebangsaan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan