Liga Dunia: Pasukan Hoki Wanita Belasah Singapura 5-0

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Malaysia membelasah Singapura 5-0 pada aksi terakhir pusingan pertama peringkat Pusingan Kedua Liga Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Stadium Nasional Major Dhyan Chand pada Selasa.

Dengan kemenangan itu, Malaysia menduduki tempat teratas Kumpulan B dan akan menentang Ghana pada pusingan kedua kejohanan tersebut. ZZ

Malaysia tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang perlawanan berkenaan, manakala Singapura pula lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Skuad Malaysia menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dan menambah tiga lagi selepas permainan bersambung pada babak kedua.

Fazilla Sylvester Silin mencatat hatrik, manakala dua gol lagi dijaringkan Rabiatul Adawiyah Mohamad dan Nurul Nabiha Mansur.

Sebelum ini, Fazilla menjaringkan satu gol, masing-masing ketika menentang Kazakhstan dan Rusia.    

Jurulatih kebangsaan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata walaupun mengharapkan pasukannya menjaringkan lebih banyak gol, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya itu dengan menduduki tangga teratas kumpulan.

Mengenai pertemuan menentang Ghana Khamis ini, Mohd Nasihin yakin anak buahnya tidak menghadapi masalah untuk mara ke separuh akhir.

Diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan di belakang tuan rumah India, Malaysia berkemungkinan berdepan Poland pada peringkat separuh akhir.

Malaysia beraksi dalam Kumpulan B bersama-sama Rusia, Kazakhstan dan Singapura manakala India, Poland, Ghana dan Thailand dalam Kumpulan A. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan