Boling: Gandingan Lin Jane-Syaidatul Afifah Raih Emas Pertama Perak

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 8:08 PM

Pemenang pingat emas kategori Beregu Lelaki Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek (kiri) dan Muhd Rafiq Ismail bergambar kenangan bersama pemenang pingat emas Beregu Wanita dari Perak Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (kanan) dan Sin Li Jane pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-28 di Sunway Mega Lanes pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gandingan dua pemain elit negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Sin Li Jane berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat skuad boling Perak pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-28 pada Selasa.

Kedua-dua mereka mengumpul 2,821 jatuhan pin dengan kelebihan 237 pin, untuk selesa mengatasi pencabar terdekat, Sharon Koh dan Hee Kar Yen dari Kuala Lumpur yang melakukan 2,584 jatuhan pin.

Pingat gangsa milik pemain senior Shalin Zulkifli dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dari Selangor yang mengumpul 2,507 jatuhan pin.

"Kami bermain tanpa tekanan dengan mempamerkan rutin biasa. Saya dan Li Jane hanya fokus kepada permainan dan cuba mendapatkan lorongan bola yang terbaik.

"Momentum kejayaan di Bangkok bulan lepas sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan saya walaupun ini adalah kejohanan berbeza...syukur kedua-dua kami meraih lebih 200 mata untuk setiap permainan," kata Syaidatul Afifah kepada Bernama.

Kedua-dua mereka adalah penyumbang pingat emas tunggal Malaysia pada Kejohanan Tenpin Boling Asia ABF di Bangkok pada Januari lepas, dalam acara beregu wanita.

Berdasarkan prestasi terbaik yang dipamerkan hari ini membolehkan Syaidatul Afifah dan Li Jane memperbaiki kedudukan dalam kategori keseluruhan.

Selepas dua acara dipertandingkan, Syaidatul Afifah dan Li Jane masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan mengumpul 2,684 dan 2,660 jatuhan pin.

Sharon terus berada di kedudukan teratas dengan 2,741 jatuhan pin.

Sementara itu, skuad Kuala Lumpur menambah dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa, menjadikan keseluruhan kutipan tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa untuk mengekori rapat juara bertahan Selangor.

Selangor masih mendahului setakat ini dengan meraih tiga emas, empat perak dan satu gangsa.

Skuad Kuala Lumpur menambah pingat emas melalui Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Muhd Rafiq Ismail serta Nora Lyana Nastasia dan Nur Syazwani Sahar, masing-masing dalam acara beregu lelaki dan beregu remaja perempuan.

Kesemua pemain akan meneruskan cabaran dalam acara berpasukan pada hari terakhir kejohanan berkenaan pada Rabu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan