Gelombang Panas Tidak Jejas LTdL 2015

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Gelombang panas global atau fenomena Equinox, yang sedang melanda Malaysia, tidak akan menjejaskan kelancaran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 minggu depan.

Pengarah Teknikal LTdL, Geoff Kronenburg berkata penganjur sedar tentang fenomena itu dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika acara itu dilangsungkan.

"Setiap tahun, ada pelumba yang tercicir daripada perlumbaan, kira-kira 10 peratus daripada mereka.

"Bagaimanapun, selalunya, mereka tercicir bukan kerana dehidrasi, tetapi akibat kecederaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan penajaandi foyer Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu.

Seperti sebelumnya, LTdL edisi ke-20 dari 8 hingga 15 Mac ini mendapat penajaan daripada Darulkhusus Venture Sdn. Bhd. dan Universal Fitness and Leisure Sdn. Bhd. untuk menjadikan perlumbaan kelas 2 hors itu satu lagi kejayaan besar.

Darul khusus Venture akan menaja air mineral jenama E'den, 96,000 botol atau 4,000 kartun daripadanya untuk diagihkan kepada pelumba, pegawai dan petugas sepanjang perlumbaan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Darul khusus Venture, Badrulhisham Abd Rahman memberi jaminan bekalan air itu mencukupi untuk memenuhi keperluan.

"Pasukan kami akan mengekori pelumba dan kami juga akan memenuhi keperluan keluarga LTdL sepanjang acara itu," katanya.

Dianjurkan Human Voyage Sdn Bhd, perlumbaan LTdL edisi ke-20 ini akan meliputi jarak lebih 1,000km dalam lapan peringkat dan sekali lagi merupakan acara terbesar dalam kalendar Jelajah Asia UCI.

Sebanyak 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan, terdiri daripada empat pasukan dunia, tujuh pasukan benua profesional, 10 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan.

Tags / Kata Kunci: LTdL 2015

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan