Josiah Tolak Tawaran Jadi Pengurus, Fokus Karier Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 10:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat untuk mendapatkan khidmat bekas pelumba trek negara, Josiah Ng sebagai pengurus pasukan berbasikal trek tidak kesampaian apabila jaguh trek itu memutuskan untuk memilih kerjaya lain.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihaknya dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akur dengan keputusan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2014 di Incheon itu.

"Kita telah bincang mengenai cadangan melantik Josiah (selaku pengurus pasukan). Tetapi malangnya, Josiah melahirkan pandangan yang berbeza di mana beliau mempunyai fokus sendiri untuk memajukan kariernya sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja MSN, Khamis.

Menurut Ahmad Shapawi, Josiah memilih untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang penyiaran sukan di samping memberi fokus kepada perniagaan.

Josiah, 35, mengumumkan untuk bersara daripada dunia berbasikal selepas 15 tahun melibatkan diri selepas penyertaan terakhir di Kejohanan Asia (ACC) di Korat, Thailand baru-baru ini.

Pelumba kebangsaan kelahiran Filipina itu, pernah menerima anugerah Olimpian pada 2004 selepas muncul pelumba Malaysia pertama beraksi pada pusingan akhir acara berbasikal di temasya Sukan Olimpik di Athens.

Kemunculan Josiah yang pertama kali meraih pingat perak pada Sukan Asia di Busan, Korea Selatan pada 2002 membuka lembaran baharu sukan berbasikal trek negara.

Selain di Busan, Josiah merupakan pemegang pingat perak acara keirin Sukan Asia di Doha, Qatar (2006) dan pingat emas Sukan Komanwel di Delhi (2010).

Josiah juga muncul pelumba pertama bukan dari Australia untuk memenangi kejohanan berbasikal 'Melbourne Cup on Wheels' di Hi Sense Arena, Melbourne pada 2008. 

Tags / Kata Kunci: Lumba Basikal , Josiah Ng

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan