Kolam Renang Taraf Olimpik Akan Dibina Di Tawau

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2015 5:47 PM

Contoh salah sebuah kolam renang bertaraf Olimpik.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebuah kolang renang bertaraf Olimpik akan dibina di Tawau yang kos dan reka bentuknya akan ditentukan Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Beliau berkata pembinaan kolam itu adalah bagi memenuhi keperluan penggiat sukan renang khusus di daerah tersebut dan Sabah amnya.

Beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Tawau di Kompleks Sukan Tawau pada Ahad.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Khairy berkata Pusat Satelit ISN itu merupakan yang ke-16 di negara ini dan yang ketiga di Sabah yang diwujudkan untuk kemudahan atlet melakukan aktiviti masing-masing.

Beliau berkata kementeriannya akan mengkaji untuk menambah lagi pusat itu di Sabah dan Sarawak. 

Tags / Kata Kunci: Kolam renang taraf olimpik , Tawau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan